Page 253 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 253
Pewarisan Manusia
erdapat dua jenis kromosom dalam manusia, iaitu autosom
11.4 T dan kromosom seks (Jadual 11.2). Sel soma manusia
mempunyai 44 autosom dan 2 kromosom seks. Autosom
berbeza dari segi saiz dan panjang.
Jadual 11.2 Jenis kromosom dalam manusia
Autosom Kromosom seks
Ciri-ciri Terdiri daripada Terdiri daripada
pasangan kromosom pasangan kromosom Eksplorasi Bio
homolog nombor 1 nombor 23
hingga 22 Kromosom seks bagi lelaki,
iaitu XY mempunyai saiz
Fungsi Mengawal semua ciri Mengandungi gen yang berbeza. Kromosom X
sel soma yang menentukan jenis adalah lebih panjang manakala
jantina kromosom Y adalah pendek.
Kromosom Y hanya membawa
Contoh Jenis kumpulan darah, Bagi lelaki, kromosom gen yang terlibat dalam
ketinggian dan warna seks ialah XY, penentuan ciri seks sahaja.
kulit manakala bagi
perempuan ialah XX
Bilangan dan struktur kromosom yang hadir di dalam nukleus sel dikenali
sebagai kariotip (Rajah 11.11). Kromosom disusun secara berpasangan, iaitu mengikut
pasangan kromosom homolog berdasarkan saiz, kedudukan sentromer dan corak
jalur pada kromosom.
Kromosom seks Kromosom seks
Kariotip lelaki (44 + XY) Kariotip perempuan (44 + XX)
Rajah 11.11 Kariotip manusia
11.4.1 11.4.2
242

