Page 264 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 264
Pewarisan 11
(a) Nyatakan fenotip bagi tumbuhan induk X dan Y.
(b) Lengkapkan genotip gamet yang dihasilkan oleh setiap induk dan fenotip bagi
generasi F pada Rajah 1.
1
(c) Jadual 1 menunjukkan genotip generasi F selepas generasi F dikacukkan dengan generasi F 1
1
2
yang lain. Jumlah bilangan anak F ialah 16.
2
Jadual 1
Gamet PS Ps pS ps
PS PPSS PPSs PpSS PpSs
Ps PPSs PPss PpSs Ppss
pS PpSS PpSs ppSS ppSs
ps PpSs Ppss ppSs ppss
(i) Nyatakan kebarangkalian generasi F pokok kacang pis bunga berwarna ungu dan bentuk
2
pod berkedut.
(ii) Nyatakan kebarangkalian generasi F pokok kacang pis bunga berwarna ungu dan bentuk
2
pod licin.
(iii) Dalam Jadual 1, bulatkan genotip generasi F bagi pokok kacang pis bunga berwarna
2
putih dan bentuk pod licin. Kemudian, tentukan kebarangkalian generasi F bagi
2
fenotip tersebut.
(d) Nyatakan nisbah fenotip anak dalam generasi F .
2
Bunga berwarna Bunga berwarna Bunga berwarna Bunga berwarna
ungu, pod licin ungu, pod kedut putih, pod licin putih, pod licin
(e) Berdasarkan Rajah 1 dan Jadual 1, nyatakan Hukum Mendel Kedua.
2. Seorang lelaki mempunyai penglihatan warna yang normal, manakala isterinya seorang yang buta
warna. X ialah alel dominan bagi penglihatan warna normal, manakala X ialah alel resesif bagi
b
B
buta warna. Apakah kebarangkalian anak-anak mereka
(a) buta warna?
(b) penglihatan warna normal tetapi pembawa?
Terangkan jawapan anda dengan menggunakan rajah skema kacukan.
Minda Abad ke-21
3. Pada sejenis lembu, muka putih dan tanduk panjang
merupakan trait yang dominan terhadap muka hitam dan
tanduk pendek seperti yang ditunjukkan dalam Gambar foto 1.
Seorang penternak bercadang untuk menternak semua lembu
muka putih dan tanduk panjang di ladang ternakannya.
Namun sebelum itu, dia perlu memastikan bahawa lembu
jantan dan lembu betina yang dimilikinya ialah baka tulen.
Sebagai seorang ahli genetik, bagaimanakah anda dapat
membantu penternak tersebut untuk mengenal pasti sama Gambar foto 1
ada lembu tersebut merupakan baka tulen atau hibrid?
253

