Page 269 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 269
Jenis Variasi
Terdapat dua jenis variasi dalam satu populasi semula jadi, iaitu variasi
selanjar dan variasi tak selanjar.
Variasi
selanjar
• Variasi selanjar ialah variasi yang
menunjukkan perbezaan ciri yang tidak ketara.
Individu-individu menunjukkan perbezaan
beransur daripada satu ekstrim kepada satu
ekstrim yang lain. Satu spektrum fenotip dapat
dikenal pasti.
Ketinggian
• Apabila data bagi ciri diplotkan pada graf, Ketinggian
lengkung taburan, iaitu taburan normal
atau lengkung berbentuk loceng diperoleh.
Kebanyakan ahli dalam populasi ini
mempunyai fenotip perantaraan, iaitu ciri-ciri
antara dua ekstrim (Rajah 12.2).
• Variasi selanjar adalah kuantitatif, iaitu boleh
diukur dan digredkan daripada satu ekstrim
kepada ekstrim lain.
• Ciri-cirinya juga dipengaruhi oleh persekitaran.
Contoh ciri-ciri yang menunjukkan variasi
selanjar ialah ketinggian, berat badan dan
warna kulit (Gambar foto 12.4). Berat badan
Bilangan
individu
40
30
20
Warna kulit
10
Gambar foto 12.4 Contoh ciri-ciri yang
menunjukkan variasi selanjar
Ketinggian (cm)
120 – 124 125 – 129 130 – 134 135 – 139 140 – 144 145 – 149 150 – 154 155 – 159 160 – 164 165 – 169 170 – 174 175 – 179 180 – 184
Rajah 12.2 Graf variasi selanjar
12.1.3
258

