Page 39 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 39
2.1 Dtumbuhan yang menjalankan
Struktur Daun
aun merupakan organ utama
fotosintesis. Struktur daun dapat
dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu
struktur luar dan struktur dalaman.
Struktur Luar Daun
Secara umumnya, struktur luar daun hijau terdiri
daripada lamina dan petiol (Gambar foto 2.1).
• Lamina merupakan bahagian daun yang leper, nipis, Lamina
Lamina • Lamina berbentuk leper untuk menghasilkan
rata dan berwarna hijau.
permukaan yang luas supaya sel-sel yang
mengandungi kloroplas di dalamnya terdedah Gambar foto 2.1
kepada cahaya matahari secara maksimum. Struktur luar daun
• Lamina yang juga berbentuk nipis dapat Petiol
memudahkan gas-gas yang terlibat dalam fotosintesis
meresap dengan cekap ke bahagian dalam daun.
• Petiol ialah tangkai daun yang menyambungkan lamina pada batang.
Petiol • Petiol yang mengunjur ke dalam lamina membentuk jaringan urat yang
menyokong lamina.
ZON AKTIVITI
Famili : Malvaceae
Herbarium merupakan Nama saintifik : Hibiscus rosa-sinensis
koleksi spesimen daripada Nama tempatan : Bunga raya
tumbuhan yang telah Pengumpul : Maisarah Jamalluddin
diawetkan melalui kaedah Nombor sampel : 14
yang tertentu. Tarikh : 9/10/2020
Tempat : Taman Mewah, Perak
• Sediakan herbarium yang Nota : • Daunnya berwarna
mengandungi pelbagai hijau muda.
jenis tumbuhan yang • Separuh daunnya
boleh didapati di kawasan bergerigi di tepi
rumah anda. yang menghala ke
• Lengkapkan dengan bahagian atas.
data seperti taksonomi, • Bunganya menonjol.
morfologi, ekologi dan • Bilangan bunga
geografi tumbuhan yang sekuntum dan
tersebut. terletak pada hujung
tangkai yang panjang.
Gambar foto 2.2
Spesimen herbarium
2.1.1
28

