Page 40 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 40

Struktur dan Fungsi Daun  2


             Struktur Dalaman Lamina Daun


             Bagi kebanyakan tumbuhan, lamina daun tersusun supaya
             tidak bertindih. Ini membolehkan daun menerima cahaya yang
             optimum untuk menjalankan fotosintesis. Susunan ini disebut
             mozek daun (Gambar foto 2.3). Mari kita kaji keratan rentas
             lamina daun (Rajah 2.1) dan penerangan struktur dalaman lamina
             daun (Jadual 2.1).
                           ZON        AKTIVITI


              Lukis dan labelkan struktur dalaman lamina daun.
                                                                                    Gambar foto 2.3
                                                                                  Susunan mozek daun








                                                                                 ANIMASI 3D



             Kutikel                                                                 Ruang
             Epidermis                                                               udara
             atas
                 Mesofil
                 palisad                                                         Xilem   Berkas
                                                                                 Floem   vaskular
                     Mesofil
                     berspan                                                 Epidermis
                                                                             bawah
                                         Stoma    Sel pengawal
                                    Rajah 2.1 Keratan rentas lamina daun

                                       Jadual 2.1 Struktur dalaman lamina daun
               Struktur                                  Penerangan

              Kutikel     • Kutikel merupakan lapisan berlilin, kalis air dan lut sinar yang melapisi
                            bahagian epidermis atas dan epidermis bawah daun.
                          •  Lapisan kutikel menghalang kehilangan air berlebihan melalui penyejatan
                            (transpirasi).
                          • Kutikel yang lut sinar membenarkan cahaya matahari menembusinya.
              Epidermis   • Epidermis atas terletak di permukaan atas daun, iaitu di bawah kutikel.
              atas        • Sel-sel dalam lapisan ini tidak mengandungi kloroplas dan bersifat lut sinar
                            supaya cahaya dapat menembusinya.
              Epidermis   • Epidermis bawah terletak di permukaan bawah daun.
              bawah       • Lapisan ini mempunyai stoma yang terdiri daripada sepasang sel pengawal.

                                                                                                2.1.2
                                                       29
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45