Page 46 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 46

Struktur dan Fungsi Daun  2



             Kesan Kekurangan Air dalam Tumbuhan Terhadap
             Pembukaan dan Penutupan Stoma


             Air daripada tumbuhan hilang dalam bentuk wap air ke persekitaran melalui liang stoma.
             Apabila  bukaan  stoma  besar,  kadar  kehilangan  air  daripada  tumbuhan  adalah  tinggi.
             Pembukaan dan penutupan stoma bergantung kepada tekanan segah sel pengawal.


                         Tumbuhan segar                               Tumbuhan layu

















              Dinding
              dalam sel                   Sel pengawal                                 Sel pengawal
              yang tebal                  menjadi segah                                menjadi flasid
              Dinding                      Stoma                                       Stoma
              luar sel                     terbuka                                     tertutup
              yang nipis
                      Rajah 2.5 Pembukaan stoma                    Rajah 2.6 Penutupan stoma
               • Apabila tumbuhan mendapat air yang        • Apabila tumbuhan kekurangan air, sel
                 mencukupi, sel pengawal menjadi segah.      pengawal menjadi flasid.
               • Sel pengawal mempunyai dinding            • Sifat dinding sel luar yang nipis dan lebih
                 dalam sel yang tebal dan kurang             elastik menyebabkan sel pengawal hilang
                 elastik berbanding dinding luar sel.        kesegahan dan stoma tertutup (Rajah 2.6).
               • Sifat dinding luar sel yang nipis
                 dan lebih elastik menyebabkan sel
                 pengawal melengkung ke luar dan
                 stoma terbuka (Rajah 2.5).




               Praktis Formatif                         2.2



                1.  Nyatakan perbezaan antara pertukaran     3.  Taburan stoma lebih padat di permukaan
                  gas dalam tumbuhan semasa respirasi         bawah daun berbanding permukaan atas.
                  dengan semasa fotosintesis.                 Wajarkan.
                2.  Bagaimanakah kesan kelembapan           4.  Apakah kepentingan penutupan stoma
                  persekitaran mempengaruhi saiz              semasa tumbuhan kekurangan air?
                  pembukaan stoma?

                                                                                               2.2.4
                                                       35
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51