Page 47 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 47
2.3 Organ Utama Transpirasi
Keperluan Transpirasi dalam Tumbuhan
ranspirasi ialah proses kehilangan air dalam bentuk wap air
Tsecara sejatan daripada tumbuhan ke atmosfera. Walaupun
transpirasi berlaku melalui organ batang dan bunga, namun 90%
daripada air tersejat keluar melalui liang stoma yang terdapat
pada daun. Air akan meresap masuk ke sistem akar secara osmosis
dengan berterusan (Rajah 2.7).
Urat daun Stoma
mengangkut air Air tersejat
ke daun
ke atmosfera
melalui stoma
daun
Xilem
pada batang
tumbuhan
mengangkut air
ke atas
Petunjuk:
Pergerakan air
ZON AKTIVITI
Buktikan stoma daun
Akar merupakan tempat
menyerap utama berlakunya Batang
air dari dalam transpirasi. Anda boleh saderi
tanah menyediakan susunan Larutan
seperti di Rajah 2.8. pewarna
eosin
Rajah 2.8 Susunan radas menguji organ
Rajah 2.7 Laluan pergerakan air utama transpirasi
dalam tumbuhan
Mengapakah transpirasi diperlukan dalam tumbuhan?
• Akar tumbuhan menyerap air dan garam mineral dari tanah.
• Air menyerap tenaga haba dari daun dan tersejat menjadi wap air untuk memberi kesan
penyejukan kepada tumbuhan.
• Transpirasi menghasilkan daya tarikan yang menggerakkan air dan garam mineral secara
berterusan di dalam salur xilem dari akar ke semua sel tumbuhan.
2.3.1
36

