Page 55 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 55

Tindak Balas Bersandarkan Cahaya dan Tindak Balas
            Tidak Bersandarkan Cahaya


            Terdapat dua peringkat utama dalam fotosintesis, iaitu tindak balas bersandarkan
            cahaya dan tindak balas tidak bersandarkan cahaya (Rajah 2.18).

                                                   Fotosintesis


                     Tindak balas bersandarkan                 Tindak balas tidak bersandarkan
                     cahaya (berlaku di tilakoid)                 cahaya (berlaku di stroma)


            1   Pigmen fotosintesis di permukaan tilakoid akan   1   Gas karbon dioksida akan diikat
              menyerap tenaga cahaya.                             kepada sebatian organik 5 karbon
            2   Tenaga cahaya akan menguja elektron dalam         membentuk sebatian organik 6
              pigmen klorofil ke aras yang lebih tinggi.          karbon.
            3   Elektron yang teruja daripada klorofil tadi     2   NADPH dan ATP dari tindak
              akan melalui satu siri pengangkut elektron.         balas cahaya akan menurunkan
              Tenaga daripada elektron digunakan untuk            sebatian organik ini kepada
              menghasilkan tenaga dalam bentuk ATP.               monomer glukosa.
            4   Elektron ini akhirnya akan diterima oleh
                                                  +
              penerima elektron terakhir, iaitu NADP .          3   Monomer-monomer glukosa
              NADP  seterusnya bergabung dengan H                 terkondensasi untuk membentuk
                                                   +
                    +
              daripada fotolisis dan membentuk NADPH yang         molekul kanji. Butiran kanji
              merupakan suatu agen penurunan.                     akan disimpan dalam stroma
            5   Pigmen molekul klorofil menarik elektron          kloroplas.
              daripada air melalui fotolisis untuk kembali stabil.
            6   Fotolisis ialah suatu proses di mana molekul
              air terurai membentuk ion hidrogen (H ) dan
                                                  +
              ion hidroksida (OH ) dengan kehadiran tenaga
                                -
              cahaya dan klorofil
            7   Ion hidroksida kehilangan elektron dan
              membentuk gas oksigen dan air.


                 Tindak balas keseluruhan fotosintesis dapat diwakili oleh persamaan kimia berikut:
                                              Tenaga
                                              cahaya
                    12H O  +     6CO                       C H O   +     6O     +   6H O
                       2             2                      6  12  6        2          2
                     Air      Karbon dioksida   Klorofil     Glukosa      Oksigen      Air


                    Rajah 2.18 Tindak balas bersandarkan cahaya dengan tindak balas tidak bersandarkan cahaya


                                              Eksplorasi Bio

            Nikotinamida adenina dinukleotida fosfat (NADP ) ialah koenzim di dalam sel yang digunakan sebagai pembawa hidrogen.
                                             +
            Dalam proses fotosintesis, NADP  ialah agen pengoksidaan yang menerima ion hidrogen semasa tindak balas bersandarkan
                                  +
            cahaya manakala NADPH sebagai agen penurunan dalam tindak balas tidak bersandarkan cahaya.

            2.4.4 2.4.5
                                                     44
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60