Page 58 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 58
Struktur dan Fungsi Daun 2
Suhu
Tindak balas dalam fotosintesis dimangkinkan 100
80
oleh enzim. Oleh yang demikian, perubahan suhu
persekitaran akan mempengaruhi aktiviti enzim Kadar fotosintesis (cm/min) 60
dan turut mempengaruhi kadar fotosintesis. Suhu 40
optimum berbeza-beza bagi tumbuhan yang 20
berlainan spesies tetapi secara umumnya, suhu 0 5 10 15 20 25 30 35 40
optimum adalah di antara 25 C hingga 30 C. Suhu Suhu (°C)
o
o
yang terlalu tinggi akan menyahaslikan enzim dan Rajah 2.22 Hubungan antara
proses fotosintesis akan terhenti (Rajah 2.22). kadar fotosintesis dengan suhu
2.3 Kesan Faktor Persekitaran terhadap Kadar Fotosintesis
Pernyataan masalah
Apakah kesan keamatan cahaya, suhu dan kepekatan karbon dioksida terhadap kadar fotosintesis?
A Keamatan Cahaya
Tujuan
Mengkaji kesan keamatan cahaya terhadap kadar fotosintesis
Hipotesis
Semakin tinggi keamatan cahaya, semakin tinggi kadar fotosintesis.
Pemboleh ubah
Pemboleh ubah dimanipulasikan: Jarak di antara sumber cahaya dengan Hydrilla sp.
Pemboleh ubah bergerak balas: Bilangan gelembung udara yang dibebaskan dalam
masa 5 minit
Pemboleh ubah dimalarkan: Jenis dan saiz Hydrilla sp., kepekatan natrium hidrogen
karbonat, voltan mentol
Bahan
Hydrilla sp., 50 ml air suling, larutan natrium hidrogen karbonat 0.2%
Radas
Gunting, mentol 60 W, pembaris meter, jam randik, klip kertas, tabung didih, silinder penyukat,
kaki retort dengan pemegang, termometer, bikar
Prosedur
1. Lekatkan klip kertas pada bahagian bawah batang Hydrilla sp. dan letakkannya ke
dalam tabung didih berisi larutan natrium hidrogen karbonat 0.2% (Rajah 2.23).
2. Apitkan tabung didih dalam keadaan menegak pada pemegang kaki retort.
3. Nyalakan mentol 60 W dengan jarak 20 cm dari Hydrilla sp.
4. Kira dan rekodkan bilangan gelembung udara yang dibebaskan dalam masa 5 minit.
Ambil tiga bacaan untuk mendapatkan purata.
5. Tukarkan larutan natrium hidrogen karbonat 0.2% di dalam tabung didih dengan
larutan natrium hidrogen karbonat 0.2% yang baharu.
6. Ulangi langkah 3 hingga 5 untuk jarak mentol dari Hydrilla sp. yang berbeza, iaitu
30 cm, 40 cm, 50 cm dan 60 cm.
7. Rekodkan keputusan dalam jadual.
2.4.7 2.4.8
47

