Page 62 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 62
Struktur dan Fungsi Daun 2
Hal ini dikatakan demikian kerana, semua cahaya merah diserap oleh klorofil.
Cahaya biru pula diserap oleh pigmen karotenoid sebelum dipindahkan kepada
klorofil. Kedua-dua cahaya ini mempunyai jumlah tenaga yang cukup untuk menguja
elektron dalam tindak balas bersandarkan cahaya.
Eksplorasi Bio 1 Cahaya Cahaya yang
terpantul
Kloroplas
Mengapakah daun berklorofil kelihatan berwarna hijau? Granum 2
Apabila cahaya melalui klorofil, kebanyakan cahaya Cahaya
yang
yang berwarna biru dan merah akan diserap diserap
manakala warna hijau pula dipantulkan.
Oleh yang demikian, mata kita hanya dapat melihat
warna hijau pada daun yang mengandungi klorofil
(Rajah 2.27).
Rajah 2.27 Interaksi antara cahaya dan klorofil
Apakah warna cahaya yang terbaik
untuk tumbuhan akuatik?
2.4 Warna Cahaya yang Terbaik untuk Tumbuhan Akuatik
Tujuan
Mereka bentuk eksperimen untuk mengenal pasti warna cahaya yang terbaik untuk
memaksimumkan kadar fotosintesis dalam tumbuhan akuatik
Arahan
Reka bentuk satu eksperimen untuk mengenal pasti warna cahaya yang terbaik untuk
memaksimumkan kadar fotosintesis dalam tumbuhan akuatik.
2.4.9
51

