Page 96 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 96

Pengangkutan dalam Tumbuhan  4


             Perbandingan antara Gutasi dengan Transpirasi

                                 Jadual 4.1 Perbandingan antara gutasi dengan transpirasi
                               Gutasi                                   Transpirasi














                                                   Persamaan
              •  Kedua-dua proses berlaku di bahagian daun.
              •  Kedua-dua proses melibatkan kehilangan air yang kekal dari tumbuhan.
                                                   Perbezaan
              Gutasi berlaku pada waktu malam dan         Transpirasi berlaku pada waktu siang yang
              awal pagi.                                  panas dan berangin.
                                                          Transpirasi berlaku dalam semua
              Gutasi hanya berlaku dalam tumbuhan herba.
                                                          tumbuhan.
              Air terbebas dalam bentuk titisan air.      Air terbebas dalam bentuk wap air.
              Air terbebas melalui struktur khas di       Air terbebas melalui stoma.
              bahagian urat daun.
                                                          Transpirasi dikawal oleh pembukaan dan
              Gutasi berlaku apabila tekanan akar tinggi.
                                                          penutupan stoma.
              Gutasi membebaskan air yang kaya            Transpirasi membebaskan molekul air
              dengan mineral.                             yang tulen sahaja.

             Keadaan Tumbuhan yang Tidak Menjalankan Transpirasi
             dan Gutasi



                  Kesan terhadap tumbuhan yang                 Kesan terhadap tumbuhan yang
                     tidak menjalankan gutasi                   tidak menjalankan transpirasi
            •  Tanpa gutasi, tekanan akar yang efektif   •  Tanpa transpirasi, suhu optimum tumbuhan
               tidak dapat dikekalkan. Oleh itu, proses    tidak dapat dikekalkan. Kenaikan
               penyerapan air oleh sel rambut akar         suhu dapat menyahaslikan enzim dan
               akan terganggu di dalam persekitaran        mengganggu proses biokimia seperti
               kelembapan relatif yang tinggi.             fotosintesis dan respirasi.
            •  Tanpa gutasi, bahan kumuh tumbuhan       •  Tanpa transpirasi, ion mineral seperti ion
               tidak dapat disingkirkan.                   kalium tidak dapat diangkut dari akar ke
            •  Sekiranya gutasi tidak berlaku, tekanan     daun untuk fotosintesis.
               di dalam urat daun akan menjadi tinggi   •  Tanpa transpirasi, pengangkutan air
               dan menyebabkan urat daun pecah.            ke seluruh pokok akan terganggu dan
               Daun terdedah kepada jangkitan patogen      menyebabkan tumbuhan layu.
               dan akhirnya gugur.                      •  Tumbuhan boleh mati selepas jangka masa
                                                           yang lama.

                                                                                          4.2.3  4.2.4
                                                       85
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101