Page 99 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 99

4.3     Peranan Tisu Floem dalam Pengangkutan Bahan Organik


                   Pernyataan masalah
                   Apakah peranan tisu floem dalam pengangkutan bahan organik?
                   Tujuan
                   Mengkaji peranan tisu floem dalam pengangkutan bahan organik
                   Hipotesis
                   Bahagian atas gelang kulit yang dibuang daripada batang pokok membengkak dan
                   bahagian bawah mengecut selepas beberapa minggu.
                   Pemboleh ubah
                   Pemboleh ubah dimanipulasikan
                   Bahagian gelang kulit yang dibuang
                   Pemboleh ubah bergerak balas
                   Keadaan bahagian atas dan bawah gelang kulit batang tumbuhan selepas gelang kulit
                   pada batang dibuang
                   Pemboleh ubah dimalarkan
                   Pokok bunga raya
                   Bahan
                   Pokok bunga raya, jeli petroleum
                   Radas                                                          Floem dan kulit
                   Pembaris, pisau                                                pokok dibuang

                   Prosedur
                   1.  Potong dan buangkan sebahagian kulit kayu daripada         Xilem terdedah
                      dahan pokok bunga raya berbentuk gelang
                      (Rajah 4.13).
                   2.  Sapukan jeli petroleum pada bahagian yang digelang.
                   3.  Siram pokok tersebut setiap hari dan biarkannya   Rajah 4.13 Potongan
                      selama tiga minggu.                          sebahagian kulit kayu
                   4.  Catatkan pemerhatian anda ke dalam jadual
                      keputusan di bawah.
                   Keputusan

                            Pemerhatian             awal eksperimen        selepas tiga minggu
                    (a)  Bahagian atas gelang
                    (b)  Bahagian bawah gelang

                   Perbincangan
                   1.  Apakah tujuan:
                       (a)  Menggelang batang pokok?
                       (b)  Menyapu jeli petroleum pada bahagian yang terdedah?
                   2.  Apakah struktur yang telah dibuang ketika dahan tersebut digelang?
                   3.  Ramalkan keadaan yang akan berlaku kepada batang pokok bunga raya tersebut
                      selepas enam bulan.
                   Kesimpulan
                   Adakah hipotesis tersebut diterima? Cadangkan satu kesimpulan yang sesuai.



            4.3.3
                                                     88
   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104