Page 93 - BUKUPENGURUSAN
P. 93
PENGURUSAN KURIKULUM SSTMI
PANDUAN TUGAS KURIKULUM
1. WAKTU BERTUGAS
1.1 Semua guru mesti mermakai tanda nama untuk mudah dikenali dan menjadi teladan kepada pelajar.
1.2 Guru dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya sepuluh minit sebelum waktu kerja bermula.
HARI SESI AKADEMIK PAGI
Ahad 8.30 pagi hingga 2.30 petang
Isnin 8.30 pagi hingga 2.30 petang
Selasa 7.30 pagi hingga 2.30 petang
7.30 pagi – 8.30 pagi – Perhimpunan Rasmi Sekolah*
Rabu 8.30 pagi hingga 2.30 petang
9.00 pagi – 10.30 pagi – Aktiviti Kokurikulum
Khamis 8.30 pagi hingga 2.30 petang
*Perhimpunan Rasmi Sekolah tertakluk pada perubahan.
2. FAIL REKOD MENGAJAR GURU
2.1 Fail Rekod Mengajar yang lengkap perlu dihantar pada atau selepas waktu akhir setiap hari Khamis
setiap minggu mengikut jadual yang ditetapkan.
2.2 Semua butiran yang diperlukan di dalam Fail Rekod Mengajar dilengkapkan dan dikemas kini setiap
masa :
❖ Butir-butir diri
❖ Takwim sekolah
❖ Jadual waktu persendirian
❖ Senarai buku teks dan buku rujukan guru
❖ Sukatan pelajaran dan rancangan pelajaran yang ditandatangani sah oleh Guru Kanan Mata
Pelajaran yang berkaitan.
2.3 Butir-butir di atas hendaklah disiapkan sebelum akhir minggu ke-4 dari tarikh buka sekolah.
2.4 Semua kertas soalan ujian dan peperiksaan mestilah diletakkan pada muka surat yang berkenaan. Sila
catatkan tarikh ujian dan peperiksaan serta kelas yang telah mengambil ujian dan peperiksaan tersebut
(boleh juga difailkan).
2.5 Semua markah ujian dan peperiksaan mesti dicatatkan pada muka surat yang berkenaan.
2.6 Semua rancangan pengajaran hendaklah disediakan dengan teliti mengikut kesesuaian hari
persekolahan pada setiap tahun yang ditentukan oleh Panitia Mata Pelajaran masing-masing.
2.7 Rancangan Pengajaran Harian hendaklah ditulis bagi tiap kelas yang hendak diajar yang mengandungi
sekurang-kurangnya butiran:
❖ Tajuk
❖ Objektif
❖ Aktiviti
❖ Refleksi (rujuk Pek. Ikhtisas 3/99)
❖ Senarai nama buku rujukan guru
DIARI PENGURUSAN SEKOLAH 2021 92

