Page 94 - BUKUPENGURUSAN
P. 94

PENGURUSAN KURIKULUM SSTMI

                                             3.  MASA PENGAJARAN
             3.1   Guru-guru mesti berada di kelas sebelum waktu PdP bermula. Murid tidak dibenarkan masuk ke kelas /
                  makmal/ bengkel tanpa guru. Kelewatan guru ke kelas akan menimbulkan masalah disiplin.
             3.2   Sebelum memulakan  pengajaran,  guru-guru mestilah  mengisi  borang kehadiran murid  untuk
                  menentukan tidak ada murid yang ponteng kelas. Jika ada murid yang ponteng, sila catatkan nama
                  mereka pada buku yang disediakan dan borang e-disiplin.
             3.3   Jika terdapat murid lewat, minta penjelasan mereka supaya hal ini tidak menjadi amalan.
             3.4   Guru mesti mengajar semasa berada di kelas. Murid tidak boleh diberi masa bebas (free period) untuk
                  membuat kerja sendiri. Jika murid diberi kerja bertulis selepas pengajaran, guru mestilah mengawasi
                  mereka dan membimbing murid yang menghadapi masalah.
             3.5   Elakkan duduk sewaktu mengajar.
             3.6   Guru tidak boleh memeriksa buku latihan atau kertas jawapan peperiksaan atau kerja-kerja lain semasa
                  sesi pengajaran.
             3.7   Guru tidak dibenarkan menghalau murid keluar kelas sebagai hukuman. Sekiranya kesalahan murid
                  agak berat, sila hantar murid tersebut kepada Guru Disiplin/ Penolong Kanan/ Penolong Kanan HEM/
                  Pengetua.
             3.8   Guru mestilah cuba mendisiplinkan murid yang nakal dengan memberi nasihat. Hukuman dera atau
                  merotan dilarang sama sekali kecuali oleh Guru Disiplin. Pengetua/ Penolong Kanan/ guru tidak
                  digalakkan mengenakan denda yang merugikan murid dan menambahkan masalah disiplin. Denda
                  mestilah sesuai dan membina personaliti.
             3.9   Murid hanya dibenarkan keluar kelas dengan kebenaran guru dan hanya seorang murid sahaja boleh
                  keluar pada satu-satu masa. Murid tidak dibenarkan keluar kelas untuk urusan membeli buku, alat tulis
                  dan hal-hal lain pada waktu pengajaran.


                                        4.  GURU GANTI  (RELIEF TEACHER )
             4.1   Guru Jadual Waktu bertanggungjawab menyusun  tugas-tugas  untuk menggantikan guru yang  tidak
                  hadir.
             4.2   Guru  ganti mesti masuk ke kelas berkenaan tepat pada masanya dan mesti berada di dalam kelas
                  tersebut sepanjang masa yang ditetapkan.
             4.3   Guru ganti bertanggungjawab dalam memelihara disiplin murid  semasa berada  di dalam kelas dan
                  menjadi tanggungjawab guru jika terjadi sesuatu perkara tidak diingini dalam kelas tersebut.
             4.4   Sekiranya terdapat sebarang masalah, boleh merujuk kepada Pengetua / Penolong Kanan.




















         93  DIARI PENGURUSAN SEKOLAH 2021
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99