Page 47 - Buku Pengurusan & Takwim Sekolah Sesi 2011
P. 47

Buku Pengurusan & Takwim Sekolah Sesi 2016

                                                    GURU BERTUGAS HARIAN /
                                                   SENARAI TUGAS MINGGUAN

1. Berada ditapak perhimpunan dan menguruskan perhimpunan harian setiap pagi. Guru bertugas
     hendaklah mencatat semua pengumuman dan ringkasan ucapan di dalam borang Laporan
     Perhimpunan dan menyimpannya di dalam fail perhimpunan di Pejabat.

2. Guru Bertugas hendaklah membuat pemantauan kebersihan dan keceriaan kelas dan mengisi
     borang permarkahan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas setiap hari selama seminggu
    serta membuat rumusan kelas terbersih dan terkotor pada minggu tersebut.

3. Semua borang yang siap diisi hendaklah dimasukkan di dalam fail pemantauan pertandingan
    kebersihan dan keceriaan kelas di Pejabat dan mengambil tindakan terhadap kelas terkotor
    minggu sebelumnya.

4. Membuat pengawasan menyeluruh terhadap disiplin dan keselamatan murid serta harta benda
   sekolah pada waktu rehat, di sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan
   munasabah.

5 .Melengkapkan buku laporan Guru Bertugas Harian dan mencatatkan kedatangan guru, guru
  bercuti, mesyuarat, kursus, seminar dan sebagainya serta segala aktiviti kokurikulum dan peristiwa
  yang berlaku di sekolah sepanjang minggu berkenaan.

6. Guru Bertugas hendaklah mendapatkan laporan murid yang lewat hadir ke sekolah daripada
   pengawas dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

7.Menguruskan rawatan murid murid yang sakit dan mengatur mereka ke hospital / berada di bilik
  sakit serta merekodkan nama murid tersebut.

8.Memantau kebersihan bilik guru, tandas, kantin (termasuk kebersihan makanan), bilik-bilik khas
  dan persekitaran kawasan sekolah.

9.Melibatkan diri dalam acara / program peringkat sekolah.
10.Menyambut pelawat dan menjadi guru pengiring.
11.Menerima aduan murid berkaitan kehilangan barang dan mengambil tindakan.
12.Memastikan aturcara majlis perhimpunan rasmi mingguan berjalan lancar dan mengikut buku

    panduan perhimpunan seperti yang terdapat dalam fail perhimpunan di Pejabat.
13.Menyerahkan Buku Laporan bertugas kepada Pengetua/GPK setiap hari untuk disemak.
14.Membantu melaksanakan tugas mengikut arahan pentadbir jika diperlukan.
15.Jika guru bertugas tidak dapat hadir dan terpaksa bercuti, guru ganti bolehlah ditentukan daripada

    guru bertugas minggu berikutnya

                                                            46
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52