Page 3 - INFO PENGURUSAN 2019
P. 3

Info Pengurusan SMK Padang Tengku          2019




                                KATA-KATA ALUAN PENGETUA
                          Assalamualaikum wr wb dan salam sejahtera,
                   Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah dan rahmat-
                     Nya kita diberi ruang dan peluang untuk bersama-sama berkhidmat
                      di sekolah SMK Padang Tengku bagi sesi 2019. Tahun 2018 telah
                      berlalu dan tahniah diucapkan kerana berjaya diharungi dengan
                      penuh komitmen. Syukur Alhamdulillah segalanya telah berjalan
                     dengan lancar.
                            Secara peribadi, ucapan jutaan terima kasih atas
                    kerjasama dan komitmen semua warga sekolah. Kejayaan yang telah
                    diperolehi  seharusnya dijadikan pemangkin  untuk  kita  lebih
                     bersemangat. Yakin dan percayalah bahawa SMK Padang Tengku
                     mempunyai banyak ASET dan POTENSI DIRI yang masih tersimpan.
                     Jadikan tahun 2019  sebagai tahun semua warga SMK Padang
                  Tengku mencuba dan terus mencuba mencungkil potensi yang
          tersembunyi. Potensi ini  perlu digarap bersama dengan semangat kerja
          berpasukan. Saya yakin jika semua warga SMK Padang Tengku meningkatkan lagi
          komitmen dan melipatgandakan lagi usaha impian SMK Padang Tengku untuk
          terus menjadi SEKOLAH CEMERLANG 2019 tercapai dan seterusnya bergerak ke
          arah kegemilangan.. Ingat azam kita tahun 2019 awal tahun kita akan gilap identiti
          unik  untuk  SMK Padang  Tengku  dan  seterusnya kita  bergerak  pula untuk
          menjadikan SMK Padang Tengku Sekolah Cemerlang 2019.
          Untuk itu bagi tahun 2019 ini ,antara tugasan yang perlu kita hadapi ialah:
          1.0 Pengurusan Sekolah
             •   Memantapkan pengurusan dengan membiasakan diri membuat perkara
                 yang betul. ” Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul ”
             •   Mewujudkan ikatan rangkaian jalinan  dan jaringan yang erat. ”Rasa
                 bersama” dan ”Setiap ruang adalah peluang ”
          2.0 Keceriaan Sekolah
             •   Mewujudkan suasana sekolah ceria dan berinformasi bertemakan
                 ISLAMIK dan SEKOLAH TAMAN AGRO .
             •   Slogan Keceriaan ”Sekolah kami hasil kreativiti kami”
             •   Membawa penglibatan luar dalam menguruskan persekitaran sekolah
             •   Bertanding di peringkat  tinggi untuk mencabar kreativiti dan
                 kesungguhan.
          3.0 Pembelajaran dan Pengajaran
             •   Setiap pelajar wajib berpeluang untuk mendapat ilmu dan didikan
             •   Guru adalah pekerja mahir (profesional) dan Pakar PAK21
             •   Guru sentiasa memberi yang terbaik dan inginkan terbaik


                                          3
   1   2   3   4   5   6   7   8