Page 6 - INFO PENGURUSAN 2019
P. 6
Info Pengurusan SMK Padang Tengku 2019
MAKLUMAT PENGURUSAN SEKOLAH
PROFIL SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku terletak di Padang Tengku,
Kuala Lipis. Sekolah ini telah dibuka pada 04 Januari 1965, bermula dengan
sebuah bangunan setingkat yang dinamakan Bangunan Balik Angin. Kumpulan
pertama pelajar seramai 67 orang telah didaftarkan oleh pengetua pertamanya
sendiri iaitu Tuan Haji Abdul Wahab bin Sidek dan tiga orang guru yang menyertai
program RTC (Regional Training Centre).
Kini sekolah ini telah berkembang menjadi sebuah sekolah gred A
dengan pelbagai kemudahan fizikal termasuk asrama yang boleh menampung
300 orang pelajar. Pada tahun 2018, tenaga pengajarnya berjumlah 65 orang
iaitu 64 orang guru siswazah dan seorang guru bukan siswazah. Manakala staf
sokongannya pula seramai 14 orang. Bilangan pelajar adalah seramai 592 orang
dengan 30 buah kelas. Bilangan pelajar Melayu adalah 577 orang, pelajar India
seramai 14 orang dan pelajar cina seramai seoran. Sekolah ini telah
melaksanakan sesi persekolahan satu sesi bermula pada Oktober 2004.
PENGERTIAN LENCANA SEKOLAH
OBOR Semangat Guru Dan Murid Yang Menjadikan Ilmu Sebagai
Teras Kehidupan
TIGA GELUNG Pembentukan Peribadi Murid Cemerlang Melalui Sukan
BUNGA PADI Penglibatan Dan Kecemerlangan Dalam Kokurikulum
BUKU Sumber Dalam Pencarian Ilmu
MERAH Semangat Juang Yang Gigih Untuk Kecemerlangan Ilmu
BIRU Kemajuan, Kejayaan Dan Perpaduan Warga Sekolah
KUNING Kesetiaan Yang Berasaskan Rukun Negara
6

