Page 10 - MODUL TUNAS MINDA F5-IBADAT(PERKAHWINAN)
P. 10
2020 MODUL LATIHAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
11 Siapakah wanita yang haram dikahwini kerana hubungan persemendaan?
I Ibu tiri
II Anak saudara
III Menantu
IV Ibu saudara
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
12 Ibu mertua
Anak tiri
Pilih jawapan yang sesuai merujuk kepada pernyataan di atas.
A Wanita yang haram dikahwini sementara
B Wanita yang boleh dikahwini selepas berlaku penceraian
C Wanita yang haram dikahwini kerana persemendaan
D Wanita yang haram dikahwini kerana penyusuan
13 Berikut ialah perempuan yang haram dikahwini kerana penyusuan
I Emak saudara sebelah ibu
II Adik-beradik susuan
III Anak saudara daripada adik beradik seibu
IV Anak saudara susuan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
14 Ibu susuan
Anak susuan
Pilih jawapan yang sesuai merujuk kepada pernyataan di atas.
A Wanita yang haram dikahwini sementara
B Wanita yang boleh dikahwini selepas berlaku penceraian
C Wanita yang haram dikahwini kerana persemendaan
D Wanita yang haram dikahwini kerana penyusuan
15
Seseorang wanita haram dikahwini disebabkan hubungan penyusuan
Antara syarat pengharaman hubungan tersebut ialah
A mempunyai hubungan kekeluargaan
B umur kanak-kanak melebihi dua tahun
C wanita yang menyusukan itu telah berkahwin
D menyusu sekurang-kurangnya lima kali kenyang
SAKTI MENERAJUI 10
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
USTAZ ARSAM BIN AHMAD

