Page 66 - TAKWIN SMK MATANG 2019
P. 66

6. Perhimpunan  bulanan kokurikulum adalah  hari  pertama minggu ketiga,  dimana
                             kelab/persatuan/PBB diberi giliran bertugas mengendalikan perhimpunan. Murid akan
                             memakai pakaian seragam Badan Beruniform masing-masing.

                          7.  Semua pelajar DIWAJIBKAN memakai pakaian pasukan masing-masing atau pakaian
                             pendidikan jasmani dan sukan sekolah semasa mengadakan aktiviti kokurikulum.

                          8.  Murid  hanya  berada dibawah  tanggungan pihak  sekolah jika menyertai sebarang
                             aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh  Badan Kerajaan  (GO) atau Bukan Kerajaan
                             (NGO) yang telah memperolehi kelulusan dari sekolah/PPD/JPN/KPM ke atas program
                             yang dianjurkan. Program tanpa kelulusan yang disertai oleh murid, adalah
                             tanggungjawab ibu  bapa / sendiri  dan  tidak  akan dimasukkan  dalam  Penilaian
                             Kokurikulum.

                          9.  Murid DIWAJIBKAN mengisi borang  kebenaran waris  dan akur dengan terma-terma
                             yang terkandung di dalamnya serta mengemukakan kepada pihak penganjur ketika
                             mengikuti aktiviti kokurikulum di dalam mahupun di luar kawasan sekolah.
                          10. Semasa murid mengikuti sebarang aktiviti kokurikulum (perjumpaan / pertandingan/
                             perkhemahan / lawatan dll) sama ada di kawasan sekolah atau di luar kawasan
                             sekolah, murid wajib menuruti undang-undang / peraturan yang digariskan oleh pihak
                             Penganjur.

                          11. “UTAMAKAN  KESELAMATAN”  haruslah menjadi keutamaan  penganjur dan peserta
                             (murid) ketika merencana mahupun ketika melakukan aktiviti kokurikulum.

                          12. Murid WAJIB  menghormati Guru Penasihat/Pemimpin/Jurulatih/Guru Pengiring sama
                             ada  dari  kalangan guru mahupun bukan, ketika melakukan  sebarang  aktiviti
                             kokurikulum.

                          13. Murid WAJIB saling hormat-menghormati antara satu sama lain, menjaga budi pekerti,
                             tingkah laku dan percakapan ketika menjalan aktiviti kokurikulum bagi menghindarkan
                             konflik dan permusuhan  serta  pergaduhan, sama ada  sesama  bangsa/agama atau
                             sebaliknya.

                          14. Peruntukkan masa kokurikulum  adalah mengikut Warta Kerajaan No. 5652 Jil.11(32)
                             bertarikh 28 Feb. 1967.

                         15. Peruntukkan masa untuk perlaksanaan kegiatan 1M1S adalah menepati warta
                             Pekeliling Ikthisas Bil. 16 Tahun 2010 iaitu setiap murid sekolah menengah wajib
                             menjalankan kegiatan sukan & permainan sekurang-kurangnya 1 jam 30 minit
                             seminggu.










                                                                                                           61
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71