Page 68 - TAKWIN SMK MATANG 2019
P. 68
JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM
1. Jawatankuasa Induk Kokurikulum adalah jawatankuasa tertinggi pengurusan kokurikulum
yang bertanggungjawab merancang, melaksana, memantau dan menilai perlaksanaan
dasar-dasar kokurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia serta perincian dasar yang
dibuat oleh Jabatan Pendidikan Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah Larut, Matang &
Selama.
2. Skop dasar adalah meliputi kegiatan kelab/persatuan, pasukan badan beruniform dan 1
Murid 1 Sukan, yang dijalankan bagi satu tempoh yang ditetapkan.
3. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab merancang dan melaksanakan Pelan Operasi
Kokurikulum Peringkat Sekolah, termasuk rancangan khas kecemerlangan kokurikulum dan
sukan sekolah.
4. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab menyediakan satu sistem data keterlibatan
murid dalam ketiga-tiga cabang kegiatan iaitu kelab/persatuan, pasukan badan
beruniform dan kegiatan 1 Murid 1 Sukan, selaras dengan keperluan dari pihak PPD,
jabatan mahupun kementerian.
5. Jawatankuasa ini akan mengadakan mesyuarat sebanyak 3 kali setahun dan mesti
dipengerusikan oleh Pengetua. Timbalan Pengerusi boleh mempengerusikan mesyuarat
semasa ketiadaan Pengetua.
6. Seorang Setiausaha dan 2 orang Penolong Setiausaha hendaklah dilantik daripada
kalangan guru yang difikirkan sesuai dan mereka bertanggungjawab sebagai Urusetia
Mesyuarat.
7. Mana-mana guru yang tidak dilantik sebagai ahli mesyuarat dibenarkan hadir ke
mesyuarat dengan kebenaran Pengerusi.
Pengerusi : Zainal B Umar (Pengetua)
Naib Pengerusi i : Mohd Shariff B Mohamed Noor (PK KOKU)
Naib Pengerusi ii : Haji Hasnul Hadi B Abdul Thamin (PK1)
Naib Pengerusi iii : Mohamad Rizal B Abdul Rahim (PK HEM)
Setiausaha KoKurikulum : Mat Fuzi B Awang
Setiausaha Sukan : Ahmad Noornizam B Shamsudin
Penolong Setiausaha : Norshazwani Bt Mohd Shaharom
Ahli Jawatankuasa : Ahmad Noornizam B Shamsudin (Penyelaras
1M1S & Penyelaras Sukan dan Permainan)
: Low Mei Hoon (Penyelaras Badan Beruniform)
: Mandy Chin Wei Seen (Penyelaras Persatuan/ Kelab)
: Semua Guru Penasihat Badan Beruniform
: Semua Guru Penasihat Persatuan/ Kelab
: Semua Guru Penasihat Rumah Sukan dan Permainan
: Kamaruzaman Bin Ahmad (Koperasi Sekolah)
: Mohammad Sofeanudden (Papan Kenyataan Sekolah)
: Mat Fuzi B Awang (Peniliaan PAJSK)
63

