Page 10 - KOMPILASI ARAHAN TUGASAN PEKA SPM KINTA UTARA 2022
P. 10

BAHAGIAN
                                                KONSEP PENTAKSIRAN KERJA AMALI

                                B                            (PEKA) SAINS SPM


                1.1      Objektif PEKA Sains SPM

                       PEKA Sains SPM dilaksanakan untuk membolehkan murid :
                         •  Menguasai  kemahiran  saintifik  iaitu  kemahiran  proses  sains  dan  kemahiran

                            manipulatif
                         •  Memupuk amalan sikap saintifik dan nilai murni

                         •  Memperkukuh teori dan konsep sains
                               PANITIA SAINS DAERAH KINTA UTARA
                         •  Mengaplikasi  proses  pembelajaran  berteraskan  PAK-21  yang  mengandungi
                            elemen 4K1N (Komunikasi, Kolaboratif, Pemikiran Kritis dan Kreatif serta Nilai
                            murni dan Etika)


               1.2      Ciri-ciri PEKA Sains SPM
                         Dalam usaha merealisasikan konsep dan memenuhi keperluan pentaksiran, maka
                        proses pentaksiran adalah berdasarkan ciri-ciri berikut:


                        1.2.1      Keserasian dengan kehendak kurikulum
                                Format pentaksiran dan konstruk yang ditaksir mengambil kira kemahiran

                                saintifik, sikap saintifik dan nilai murni serta tahap penguasaan dalam PBD
                                yang ingin dikembangkan dalam PdPc Sains.


                         1.2.2      Berpusatkan murid
                                Aktiviti amali yang ditaksir dijalankan sepenuhnya oleh murid. Pentaksiran

                                ini memberi peluang kepada murid untuk ditaksir selaras dengan PdPc dan
                                PBD.


                         1.2.3     Telus dan terbuka
                                Murid mengetahui apa, bagaimana, bila dan di mana pentaksiran akan

                                dilakukan.

                         1.2.4     Kebolehlaksanaan dan sistematik

                                Format  pentaksiran  ini  mengambil  kira  aspek-aspek  yang  memastikan
                                pentadbiran pentaksiran boleh dilaksanakan dan mengikut prosedur serta
                                tertib yang telah ditetapkan.






                                                               3
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15