Page 9 - KOMPILASI ARAHAN TUGASAN PEKA SPM KINTA UTARA 2022
P. 9

BAHAGIAN
                                A
                                                                 PENGENALAN



               1.1       Latar belakang Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains SPM
                       PEKA merupakan Pentaksiran Kerja Amali berasaskan sekolah. PEKA dilaksanakan

                       untuk mengukuhkan proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) berdasarkan
                       kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)  Sains bagi Tingkatan

                       4 dan 5 di sekolah dan merupakan sebahagian daripada aktiviti Pembelajaran Abad
                       ke-21 (PAK-21). PEKA juga merupakan pelengkap kepada kurikulum sains di sekolah.


               1.2     Panduan Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains SPM
                       Panduan  PEKA  Sains  SPM  ialah  dokumen  komprehensif  yang  mengandungi

                       maklumat berkaitan prinsip dan konsep pentaksiran serta prosedur pelaksanaannya.
                       Dokumen ini adalah rujukan yang membantu pelaksanaan PEKA Sains SPM secara
                       menyeluruh. Dokumen ini mengandungi beberapa bahagian iaitu:

                            •   Pengenalan PEKA Sains SPM
                            •   Konsep PEKA Sains SPM

                            •   Pengoperasian PEKA Sains SPM
                            •  PANITIA SAINS DAERAH KINTA UTARA
                                Kerangka PEKA Sains SPM
                            •   Lampiran

                        Objektif mewujudkan Panduan PEKA Sains SPM ini adalah sebagai :

                            •   Bahan rujukan untuk memahami pelaksanaan PEKA Sains SPM
                            •   Panduan  guru  untuk  melaksanakan  PEKA  Sains  SPM  semasa  proses

                                Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) serta Pentaksiran Bilik Darjah
                                (PBD)
                            •   Panduan  pentaksir  bagi  penskoran  dan  penggredan  Skor  PEKA  serta

                                Tahap Pencapaian PBD

                        Panduan ini dihasilkan melalui beberapa siri mesyuarat, bengkel dan pemurnian. Ahli

                        panel yang menghasilkan Panduan PEKA Sains SPM ini terdiri daripada:
                            •   Guru Sains yang berpengalaman

                            •   Guru Cemerlang Sains
                            •   Pegawai Lembaga Peperiksaan
                        Dokumen ini dibina dengan menggunakan prinsip telus, mesra pengguna, sistematik

                        dan mudah dilaksanakan.






                                                               2
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14