Page 130 - KOMPILASI ARAHAN TUGASAN PEKA SPM KINTA UTARA 2022
P. 130

ARAHAN TUGASAN
             5.5.9 EKSPERIMEN UNTUK MENGHASILKAN SABUN MELALUI PROSES SAPONIFIKASI


             Kaji situasi yang diberi:

                    Puan  Hamidah,  seorang  pembantu  makmal  mendapati  sabun  yang  digunakan  untuk
                    membersihkan  alat  radas  makmal  telah  habis.  Untuk  menjimatkan  kos,  Puan  Hamidah
                    menggunakan lebihan minyak masak ikan goreng dari rumahnya dan natrium hidroksida yang
                    ada di makmal untuk menghasilkan sabun.


                    Berdasarkan pernyataan di atas, rangka dan jalankan satu eksperimen untuk menghasilkan
                    sabun melalui proses saponifikasi.
                    Anda diminta menulis satu laporan bagi eksperimen tersebut.
                               PANITIA SAINS DAERAH KINTA UTARA
                    Laporan amali anda hendaklah mengandungi:

                    (a) Pernyataan masalah (K1P1)
                    (b) Tujuan (K1P2)
                    (c) Hipotesis (K1P3)
                    (d) Pemboleh ubah (K1P4)
                    (e) Radas dan bahan (K1P5)
                    (f) Prosedur (K1P6/K1P7)
                    (g) Pemerhatian (K3P1/K3P2)
                    (h) Mentafsir data
                    (i) Membuat kesimpulan

                    Anda juga dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut:
                1.  Nyatakan pemerhatian yang berlaku apabila campuran pepejal putih  dan air diuji  dengan
                    kertas litmus merah. Berikan sebab berlakunya pemerhatian tersebut. (K4P2a)
                2.  Nyatakan hubungan antara pendidihan minyak masak dan larutan natrium hidroksida dalam
                    penghasilan pepejal putih/sabun. (K4P2b)
                3.  Berdasarkan kepada pemerhatian anda terhadap perubahan kertas litmus merah, nyatakan
                    definisi secara operasi bagi sabun. (K4P2c)
                4.  Berdasarkan dapatan daripada eksperimen, natrium klorida ditambahkan ke dalam larutan
                    campuran  minyak  kelapa  sawit  dan  natrium  hidroksida.  Mengapakah  natrium  klorida
                    ditambahkan? (K5P1)
                5.  Setelah eksperimen dijalankan, anda mendapati semasa pendidihan campuran minyak masak
                    dengan larutan natrium hidroksida banyak buih terbentuk.  Apakah yang boleh anda lakukan
                    supaya buih tidak tertumpah dari bikar semasa pendidihan? (K5P2)
                6.  Berdasarkan susunan  radas  yang  anda  sediakan,  mengapakah  sabun  dihasilkan  melalui
                    saponifikasi  dengan  pendidihan  campuran  minyak  masak dan  natrium  hidroksida  dalam
                    pemerhatian anda itu boleh diterima? (K5P3/ K5P4)

                    Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap saintifik dan
                    nilai murni akan dinilai.





                                                         123
   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135