Page 93 - KOMPILASI ARAHAN TUGASAN PEKA SPM KINTA UTARA 2022
P. 93

ARAHAN TUGASAN
             1.1.3 EKSPERIMEN UNTUK MENGKAJI FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN
                  MIKROORGANISMA (KELEMBAPAN)

             Kaji situasi di bawah:

             Encik Mukhriz mendapati sekeping daripada roti yang dibelinya berkulat selepas 3 hari. Biasanya
             roti yang dibeli mampu bertahan lebih lama. Isterinya memberitahu bahawa Aliff, anak mereka
             telah  mengambil beberapa keping roti dari plastik dengan tangan yang basah.
             Berdasarkan pernyataan diatas, rancang dan jalankan satu eksperimen untuk mengkaji kesan
             kelembapan terhadap pertumbuhan mikroorganisma.

             Tuliskan satu laporan eksperimen yang lengkap.

             Laporan amali anda hendaklah mengandungi:
                               PANITIA SAINS DAERAH KINTA UTARA
                    (a)  Pernyataan masalah      (K1P1)

                    (b)  Tujuan                              (K1P2)

                    (c)  Hipotesis                          (K1P3)
                    (d)  Pemboleh ubah              (K1P4)

                    (e)  Radas dan bahan            (K1P5)

                    (f)   Prosedur                         (K1P6) (K1P7)
                    (g)  Pemerhatian                   (K3P1) (K3P2)

                    (h)  Mentafsir data                (K4P1) (K4P2)

                    (i)  Membuat kesimpulan    (K4P3)

             ARAS RENDAH


             Anda juga dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut:
                 1.  Berdasarkan keputusan  eksperimen, lukis  graf palang  bagi keadaan  kelembapan  agar-agar
                    nutrien melawan bilangan koloni bakteria. (K4P1)
                 2.  Nyatakan pemerhatian  pada  permukaan  agar-agar selepas 3  hari  dan  berikan  sebab bagi
                    pemerhatian tersebut. (K4P2a)
                 3.  Apakah hubungan di antara agar-agar nutrien yang lembap dan agar-agar nutrien yang kering
                    dengan pertumbuhan bakteria? (K4P2b)

                 4.  Berdasarkan pemerhatian anda terhadap pertumbuhan koloni bakteria , nyatakan definisi
                    secara operasi bagi agar-agar nutrien lembap (K4P2c)
                 5.  Daripada pemerhatian eksperimen, buat satu kesimpulan tentang keadaan kelembapan
                    dengan pertumbuhan bakteria. (K4P3)

                 6.  Berdasarkan dapatan eksperimen, mengapakah koloni bakteria hanya tumbuh di atas
                    permukaan agar-agar nutrien yang lembap? (K5P1)








                                                            86
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98