Page 94 - KOMPILASI ARAHAN TUGASAN PEKA SPM KINTA UTARA 2022
P. 94

7.  Selepas eksperimen dijalankan, anda dapati agar-agar dalam piring petri telah tercemar
                    dengan mikroorganisma lain berwarna kuning.Apakah yang boleh anda lakukan untuk
                    mendapat keputusan eksperimen yang lebih tepat? (K5P2)
                 8.  Berdasarkan kepada jenis  kelembapan agar-agar nutrien  yang telah anda sediakan dalam
                    piring petri ( lembap dan kering), adakah pertumbuhan koloni bakteria pada permukaan agar-
                    agar bagi pemerhatian anda boleh diterima? Jelaskan jawapan anda. (K5P3, K5P4)

             Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif ( K2 ) dan amalan sikap saintifik dan
             nilai murni ( K6 ) akan dinilai.


             ARAS SEDERHANA

                               PANITIA SAINS DAERAH KINTA UTARA
             Anda juga dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut:
                    1.  Plotkan graf yang menghubungkan pembolehubah dimanipulasi dan bergerakbalas dengan
                        menggunakan petunjuk skala yang sesuai.  (K4P1)
                    2.  Berikan sebab kepada pemerhatian anda pada permukaan agar-agar nutrien yang lembap
                        dan kering selepas 3 hari . (K4P2a)
                    3.  Nyatakan hubungan di antara keadaan kelembapan agar-agar nutrien dengan pertumbuhan
                        bakteria? (K4P2b)

                    4.  Berdasarkan pemerhatian, nyatakan definisi secara operasi bagi agar-agar nutrien lembap.
                        (K4P2c)
                    5.  Daripada data, buat satu kesimpulan eksperimen ini. (K4P3)
                    6.  Koloni bakteria tumbuh di atas permukaan agar-agar nutrien yang lembap. Jelaskan
                        jawapan anda. (K5P1)
                    7.  Berikan satu langkah untuk mengelakkan agar-agar daripada dicemari mikroorganisma lain
                        semasa eksperimen dijalankan. (K5P2)
                    8.  Berdasarkan pemerhatian anda pada permukaan agar-agar, adakah keputusan eksperimen
                        itu boleh diterima?.Jelaskan jawapan anda. (K5P3, K5P4)

             Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif ( K2 ) dan amalan sikap saintifik dan
             nilai murni ( K6 ) akan dinilai.


             ARAS TINGGI

             Anda juga dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut:

                 1.  Berdasarkan data yang diperoleh, plotkan graf yang sesuai. (K4P1)
                 2.  Nyatakan inferens bagi keputusan eksperimen ini. (K4P2a)
                 3.  Nyatakan hubungan di antara pemboleh ubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas.
                    (K4P2b)
                 4.  Nyatakan definisi secara operasi bagi agar-agar nutrien lembap. (K4P2c)
                 5.  Kesimpulan daripada eksperimen ini. (K4P3)
                 6.  Berdasarkan pemerhatian pertumbuhan koloni bakteria, jelaskan jawapan anda. (K5P1)
                 7.  Cadangkan penambahbaikan untuk mendapat data yang lebih jitu. (K5P2)





                                                       87
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99