Page 138 - LAPORAN TAHUNAN 2021
P. 138

LOCAL AGENDA 21 & AREA OFFICER







                    Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah
                    mengeluarkan Pekeliling JKT:JM/N/BIL.9/2000 bertarikh 21 Ogos 2000
                    berkaitan dengan garis panduan pelaksanaan konsep Pegawai Khas
                    atau Area Officer yang perlu dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa
                    Tempatan (PBT). Semua jabatan atau agensi yang beroperasi di
                    peringkat tempatan adalah terlibat untuk melaksanakan konsep tersebut
                    dan ianya sebahagian daripada kriteria Sistem Penarafan Bintang PBT.


                    Selaras dengan itu, Unit Perhubungan Awam dan Korporat Majlis
                    Daerah Romin telah menubuhkan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk
                    (JPP) yang terdiri daripada area officer, liasson officer, dan ahli
                    jawatankuasa yang terdiri daripada penduduk setempat mengikut zon
                    yang telah ditetapkan. Zon Rompin mempunyai 9 pecahan iaitu bermula
                    daripada zon R1 hingga R9 manakala bagi Zon Muadzam Shah terdiri
                    daripada M1 hingga M11 yang melibatkan seramai 20 orang ahli majlis
                    yang telah dilantik sebagai area offcer seperti senarai dibawah.


                    Jawatankuasa Perwakilan Penduduk ini perlu melaksanakan Program
                    Local Agenda 21 (LA21) Majlis Daerah Rompin. Pada tahun 2021
                    sebanyak 10 program LA21 yang berjaya diadakan. Pihak Majlis
                    Daerah Rompin juga telah memperuntukan perbelanjaan sebanyak
                    RM10,000 kepada setiap zon bagi memastikan Program LA21 dapat
                    diadakan dan manfaatnya dikongsi bersama masyarakat setempat.


                    Ironinya Program LA21 juga disertakan dengan sesi Town Hall bagi
                    mendapatkan pandangan, cadangan, dan perkongsian maklumat antara
                    Pihak Berkuasa Tempatan dengan masyarakat. Pada tahun 2021
                    sebanyak 3 sesi Town Hall telah diadakan dengan penglibatan pelbagai
                    agensi rakan strategik MDR.

                    Walaupun negara telah dilanda pandemik covid-19 dengan pelbagai
                    arahan SOP Majlis Keselamatan Negara yang melibatkan keterbatasan
                    program     sosial,  Majlis   Daerah     Rompin    tetap   komited    dalam
                    melaksanakan Program LA21 dan sesi Town Hall demi memastikan KPI
                    majlis Daerah Rompin tercapai dan jalinan hubungan antara MDR
                    dengan masyarakat akan terus terjaga.









                                                     136
   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143