Page 8 - LAPORAN TAHUNAN 2021
P. 8
PERUTUSAN YANG DIPERTUA
Assalamualaikum w.b.t
Syukur Alhamdulillah Kerana Dengan Izin Allah Dan Limpah KuniaNYA Kita
Masih Lagi Berpeluang Untuk Berkhidmat Dan Menjalankan
Tanggungjawab Selaku Pihak Berkuasa Tempatan Untuk
Memberikan Perkhidmatan Kepada Warga Daerah Rompin.
Saya berasa bertuah kerana Laporan Tahunan 2021 Majlis Daerah Rompin
berjaya diterbitkan buat julung-julung kalinya. Syabas dan Tahniah
diucapkan atas komitmen semua jabatan, unit, dan bahagian dalam
merealisasikan terbitan pertama ini.
Dalam usaha menyampaikan mutu perkhidmatan yang terbaik, Majlis
Daerah Rompin sentiasa berusaha untuk melaksanakan penambahbaikan
serta transformasi selaras kehendak Stateholder yang merupakan
pemangkin kepada kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
Selain memastikan pembangunan fizikal dan
persekitaran yang berkualiti, pembangunan lestari
turut disesuaikan selaras dengan Pelan Stategik
Majlis Daerah Rompin.
Saya berharap agar semua warga kerja Majlis
Daerah Rompin terus komited dalam memberikan
perkhidmatan terbaik selaras dengan Moto MDR
"KESELESAAN BERSAMA“
Akhir kalam, saya menyeru kepada semua
pembaca untuk terus bersama-sama Majlis
Daerah Rompin dalam usaha menjadikan Bandar
Rompin sebagai sebuah bandar yang mampan.
Sekian, Terima Kasih.
Yang Dipertua Majlis Daerah Rompin
( DATO` AHMAD NASIM BIN DATO`
HAJI MOHD SIDEK DIMP.)

