Page 28 - AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK
P. 28

Gambarajah 1.17: Pengguna perlu meningati penamaan
                                          bahagian-bahagian seperti di dalam gambarajah


               Arahan dalam sistem perisian AutoCAD

                       Arahan dalam sistem AutoCAD adalah satu elemen yang paling penting kerana ianya akan
               menentukan bagaimana kebolehan dan kepelbagaian fungsi yang disediakan oleh perisian ini
               dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh pengguna dalam melaksanakan kerja-kerja melukis.
               Arahan yang dimaksudkan ini adalah suatu bentuk komunikasi yang seumpama pengguna dapat
               mengarahkan computer menerusi perisian ini melakukan sebarang aktiviti yang dikehendaki oleh
               pengguna.

                       Terdapat beberapa kaedah yang disediakan oleh pembangun perisian ini (Autodesk) bagi
               membolehkan pengguna mencapai arahan yang dikehendaki, antaranya adalah seperti kaedah
               berikut:

                   1.  Papan kekunci (keyboard)
                   2.  Menu Tarik Bawah (Pull down menu)
                   3.  Ikon Palang alatan (Toolbar icon)

                   4.  Menu Layar (Screen Menu)
                   5.  Menu Butang (Button Menu)
                   6.  Palletes
                   7.  Ribbons


               Papan Kekunci

                       Kaedah memberikan arahan melalui papan kekunci adalah dengan menaip nama arahan
               yang hendak  digunakan sama ada menggunakan  nama penuh arahan atau singkatan dengan
               menggunakan papan kekunci dan seterusnya menekan butang Enter pada papan kekunci. Arahan
               yang  ditaip secara automatik akan muncul pada  command window  yang selalunya berada
                                                                                                             16
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33