Page 10 - Buku Pengurusan Kecemerlangan 2020
P. 10
SMK RAWANG 2020
Pengenalan
1.2 ETIKA KERJA KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Objektif Etika Kerja Kementerian Pendidikan ialah :
Menanam sikap positif dan menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang
diamanahkan bagi mempertingkatkan kualiti kerja.
Meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan
dan organisasi.
Memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada negara.
Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan
prinsip-prinsip berikut :
Niat yang betul
Perlakuan yang baik
Penggerak ke arah kebaikan
Memperkotakan apa yang dikatakan
Berdisiplin dan beradab
Walaupun terdapat banyak nilai
mulia, tetapi tujuh nilai utama
menjadi fokus Etika Kerja
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Nilai-nilai itu ialah :
Amanah
Benar
Bijaksana
Bersyukur
Dedikasi
Ikhlas
Penyayang
SEDERAP SELANGKAH SEIRAMA MENUJU KECEMERLANGAN 5

