Page 6 - Buku Pengurusan Kecemerlangan 2020
P. 6

SMK RAWANG 2020







                              ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM 1SEMEKAR
                              Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                 Selawat dan salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabatnya.

              Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan
              kurnia-Nya, kita dapat menyelesaikan kerja buat
              kita pada tahun 2019 dengan cemerlang. Semoga
              kedatangan    tahun   2020    membawa      bersama
              semangat baru bekerja yang lebih tekun, tersemat
              dalam jiwa setiap warga SMK Rawang. Saya
              mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan
              syabas dan tahniah kepada semua guru dan anggota
              pelaksana SMK Rawang yang selama hari ini telah
              bertungkus lumus menyumbang tenaga dan usaha
              yang berterusan dalam membangunkan sekolah
              yang kita cintai menuju KPI yang telah dipersetujui
              bersama. Sebagai peneraju kepimpinan, saya amat
              berpuas hati dengan peningkatan pencapaian dan
              keupayaan yang telah diraih oleh SEMEKAR
              selama ini. Justeru, visi dan misi serta hala tuju
              sekolah akan diteruskan dengan penyegaran KPI
              dan hasrat untuk memantapkan lagi kerja buat dan
              urus tadbir SMK Rawang.        Saya percaya SEMEKAR boleh maju ke hadapan dan meraih
                Besarlah harapan             lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan. Bagi merealisasikan

                     kita untuk              impian ini semestinyalah kita bergerak sebagai satu pasukan -
                                             guru dan anggota pelaksana yang mantap, berdedikasi, gembira,
                 melahirkan lebih            saling menghormati dan mempercayai        di samping barisan
              banyak kemenjadian             pengurusan yang cekap dalam merangka dan melaksanakan

                    murid yang               perancangan yang telah dibuat. Tidak siapapun boleh menafikan
                                             bahawa kerjasama semua adalah perlu kerana bulat air kerana
                bermakna sebagai             pembetung, bulat kata kerana muafakat. Percayalah budaya yang
                    persediaan               kita amalkan di sekolah ini sentiasa dicemburui oleh komuniti

              menghadapi cabaran             sekitar sebagai mana yang kita gahkan – sederap seirama selangkah
                                             menuju kecemerlangan. Maka marilah kita meneruskan amanah
               pasca persekolahan,           yang masih belum selesai di samping menambah baik usaha-
                    murid yang               usaha yang telah menzahirkan kejayaan bermakna. Ingatlah,

                    meletakkan               bersatu itu suatu permulaan, terus bersatu itu suatu kemajuan
              SEMEKAR di hati                dan bekerjasama itu suatu kejayaan. Kita amat berharap agar
                                             pengurusan semua bidang pada tahun ini lebih baik dari tahun-
                      mereka.                tahun lepas.

              Akhir sekali, marilah sama-sama kita menyemai usaha dan cita demi membuahkan hasil yang
              melapangkan dada bila tiba masa tuaiannya nanti, insya-Allah, keikhlasan yang kita hulurkan,
              keberkatan pula akan kita galas. Semoga usaha dan keikhlasan ini diberkati oleh Tuhan.

                                                                              NorzalinabintiAbdulKadir

                                                                                              PENGETUA
                                                                                          SMK RAWANG

            SEDERAP SELANGKAH SEIRAMA MENUJU KECEMERLANGAN                                                  2
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11