Page 110 - Buku Pengurusan Kecemerlangan 2020
P. 110
SMK RAWANG 2020
Pengurusan Kokurikulum
7.1DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM
Setiap orang murid diwajibkan menyertai sekurang-kurangnya satu kegiatan bagi setiap tiga bidang
kegiatan yang disediakan iaitu:
❖ Badan Berpakaian Seragam
❖ Kelab Sukan dan Permainan
❖ Persatuan Akademik/Kelab Bukan Akademik
OBJEKTIF KECEMERLANGAN PENGURUSAN KOKURIKULUM
1. Meningkatkan kualiti pengurusan persatuan, kelab, badan beruniform, sukan dan permainan
mengikut standard Unit Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Menilai murid dalam aspek kepimpinan, penglibatan, pencapaian, tanggungjawab dan kehadiran
dalam pemberian 10% markah kokurikulum sebagai syarat kemasukan ke Institut Pengajian
Tinggi.
3. Menyeimbangkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) serta membina
intergrasi nasional dan jati diri bangsa Malaysia ke arah melahirkan modal insan kelas pertama.
4. Mencungkil dan mengembangkan bakat serta kemahiran murid dalam bidang kokurikulum
secara terancang, berhalatuju, bersistematik dan bermanfaat.
5. Melonjakkan imej warga sekolah di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
7.2 FOKUS KECEMERLANGAN KOKURIKULUM
1. Membentuk perancangan yang rapi dan sistematik berkaitan pengurusan aktiviti kokurikulum
ke arah memperkembangkan potensi murid dari segi sosial, emosi dan jasmani agar dapat
menyumbang kepada peningkatan prestasi dan pengekalan kecemerlangan sekolah.
2. Melaksanakan program 1Murid 1Sukan dengan memberikan akses kepada semua murid untuk
mendapat faedah dari penglibatan dalam sukan dan memberi peluang kepada semua murid yang
berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.
3. Melahirkan murid-murid yang berketerampilan dan mampu mewakili sekolah dalam pelbagai
peringkat pertandingan – daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
4. Memberi bimbingan dan input berterusan kepada murid ke arah pembinaan semangat
patriotisme dan jati diri yang mantap terhadap sekolah dan negara.
5. Menyediakan kemudahan untuk memberi peluang penglibatan semua murid ke arah mencapai
matlamat ‘Sukan Untuk Semua’ dan ‘Sukan Untuk Kecemerlangan’.
6. Membolehkan murid memupukkan semangat kerjasama dan perpaduan melalui program-
program kokurikulum.
7. Melahirkan pemimpin dalam kalangan masyarakat murid untuk menjadi pelapis kepada
kepimpinan pada masa hadapan.
SEDERAP SELANGKAH SEIRAMA MENUJU KECEMERLANGAN 99

