Page 57 - Buku Pengurusan Kecemerlangan 2020
P. 57
SMK RAWANG 2020
Pengurusan Dan Kepimpinan Organisasi
BIDANG TUGAS
1.1 PENGURUSAN KURIKULUM (Kerja Ikhtisas)
● Menyelia dan memastikan dasar-dasar KPM dilaksana di sekolah .
● Menentukan sasaran sekolah, merancang peningkatan pembelajaran dan pemudahcaraan
(PdPc).
● Memastikan guru mengajar berpandukan sukatan pelajaran dan rancangan pelajaran
mengikut peruntukan waktu yang ditetapkan.
● Menentukan kualiti dan kuantiti kerja pelajar serta pemeriksaan buku pelajar.
● Menentukan prosedur mengenai penilaian dan peperiksaan dilaksanakan. Data analisis
peperiksaan digunakan untuk perancangan dan tindakan susulan.
● Menyelia dan mencerap proses PdPc.
● Memeriksa e-RPH guru, Buku Kemajuan Pelajar, Buku Profil, Buku Kedatangan Pelajar
dan Buku Kegiatan Kokurikulum dari semasa ke semasa.
● Menentukan dasar tugas pengajaran guru bagi penyediaan jadual waktu.
● Menentukan keberkesanan penggunaan Pusat Bitara Ilmu (PSS).
● Memastikan Panitia Mata Pelajaran melaksanakan strategi dan program pendidikan
dengan berkesan.
● Menentukan polisi untuk aktiviti kokurikulum.
● Mengesahkan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan lain-lain.
● Memastikan perjalanan aktiviti panitia mengikut mata pelajaran.
● Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.
● Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan
bengkel.
● Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan
tindakan susulan.
● Membantu merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan penilaian dan
peperiksaan serta mencadangkan tindakan susulan.
● Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan.
● Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat
Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan.
1.2 PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN
1.2.1 Pengurusan Hal Ehwal Guru dan Staf Sokongan
● Membantu menentukan agihan tugas guru dan staf sokongan sekolah.
● Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru serta staf
sokongan.
● Membantu menyelenggara dan mengutip data/maklumat.
● Membantu merancang takwim sekolah.
● Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf.
● Membantu menyelia anggaran belanjawan tahunan sekolah.
● Menyelaras semua jenis kutipan yuran.
● Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib sekolah.
● Menjaga dan menyemak stok/inventori peralatan sekolah.
SEDERAP SELANGKAH SEIRAMA MENUJU KECEMERLANGAN 49

