Page 58 - Buku Pengurusan Kecemerlangan 2020
P. 58

SMK RAWANG 2020
                                                                   Pengurusan Dan Kepimpinan Organisasi

                    1.2.2 Pendaftaran Kemasukan Dan Pertukaran Murid
                    ● Menyemak Buku Jadual Kedatangan Murid.
                    ● Menentukan proses pemberian biasiswa dan bantuan-bantuan lain kepada murid
                       dijalankan dengan mengikut prosedur yang ditentukan.
                    ● Memastikan Skim Pinjaman Buku Teks dilaksanakan mengikut peraturan.
                    ● Menandatangani surat akuan serta sijil berhenti sekolah.
                    ● Memastikan program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna.
                    ● Bertanggungjawab di atas penggantungan dan pembuangan pelajar.
                    ● Mengambil langkah-langkah menjaga keselamatan pelajar semasa berada di sekolah.
                    ● Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfungsi dengan baik.


                    1.2.3 Pengurusan Personel
                     ● Menentukan proses pendaftaran, pelantikan, pengesahan dalam jawatan, penempatan ke
                       jawatan berpencen dan jenis cuti guru serta staf sokongan dilaksanakan.
                     ● Membantu staf sokongan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari semasa ke semasa
                       mengenai sasaran dan mutu kerja.
                     ● Menentukan tugasan dan bidang kerja (development of staff) dan menjalankan penyeliaan
                       sepanjang tahun.
                     ● Memastikan guru memiliki permit mengajar/Buku Biru (Pendaftaran Guru).
                     ● Mengambil tindakan tatatertib ke atas pegawai yang melanggar Arahan Perkhidmatan di
                       bawah bidang kuasanya.


                    1.2.4 Kewangan
                      ● Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan.
                      ● Mengawal dan menyemak pemberian perkapita, gaji guru dan staf sokongan, rekod akaun,
                        laporan penyata kewangan dan punca-punca kewangan SUWA dan KERAJAAN.
                      ● Memastikan penyediaan penyata akaun sekolah untuk diaudit dan dokumen-dokumen
                        sokongan serta membuat tindakan susulan ke atasnya.
                      ● Mengawal stok dan harta benda sekolah.


                 1.2.5 Kemudahan Fizikal.
                      ● Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran sekolah berada dalam keadaan
                        baik.
                      ● Mempertingkatkan keceriaan sekolah.
                      ● Memastikan kemudahan dan perabot lengkap dan mencukupi serta sentiasa berada dalam keadaan
                        baik.
                      ● Mengambil langkah-langkah untuk menjaga keselamatan harta benda sekolah.

                  1.2.6 Pembangunan Organisasi Dan Diri

                    ● Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti Kursus Dalaman.
                    ● Menggalakkan percambahan fikiran, perkongsian maklumat, budaya ilmu serta
                      memberi peluang kepada guru memperkembang potensi.
                    ● Menggalakkan guru melibatkan diri dalam aktiviti komuniti.
                    ● Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa/penjaga.
                    ● Mengadakan kursus / latihan untuk personel.



            SEDERAP SELANGKAH SEIRAMA MENUJU KECEMERLANGAN                                                    50
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63