Page 64 - Buku Pengurusan Kecemerlangan 2020
P. 64
SMK RAWANG 2020
Pengurusan Dan Kepimpinan Organisasi
6.2 GURU PERPUSTAKAAN
i. Menguruskan pelantikan pengawas Pusat Bitara Ilmu (PSS).
ii. Menyediakan peraturan penggunaan Pusat Bitara Ilmu (PSS).
iii. Memastikan peraturan ini difahami dan dipatuhi oleh semua pelajar.
iv. Melatih pengawas Pusat Bitara Ilmu (PSS) yang baru dilantik supaya mahir dengan
peraturan dan keadaan di perpustakaan.
v. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan.
vi. Menyediakan senarai buku yang patut dibeli mengikut keutamaan.
vii. Menguruskan pembelian buku.
viii. Merekodkan buku perolehan dalam buku stok.
ix. Mengelaskan buku mengikut sistem yang digunakan di sekolah.
x. Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.
xi. Merawat buku dan menguruskan hapus kira buku
xii. Membuat laporan tahunan untuk rekod.
6.3 GURU BAHAN BANTU MENGAJAR/BBM/APD
i. Memastikan alat-alat BBM/APD yang menggunakan elektrik dan bahan software
sentiasa dalam keadaan baik.
ii. Melaporkan kepada Penyelaras Pusat Bitara Ilmu (PSS) jika berlaku sebarang kerosakan
atau kehilangan.
iii. Mengemas, menyimpan dan menentukan bahawa alat-alat tersebut sentiasa selamat dan
tidak rosak selepas digunakan.
iv. Mengadakan peraturan dan cara-cara penggunaan BBM/APD.
v. Menguruskan penggunaan BBM/APD secara berterusan.
vi. Menyelaras rancangan TV Pendidikan mengikut jadual waktu sekolah.
vii. Memastikan keselamatan BBM/APD.
viii. Membantu Pengetua dalam urusan pemilihan, sebut harga alat-alat BBM/APD.
ix. Menggalakkan penggunaan alat BBM/APD dalam pengajaran dan direkodkan dengan
kemas.
x. Memastikan bilik BBM/APD sentiasa kemas dan ceria.
xi. Menyediakan Laporan Tahunan BBM/APD.
It is the SUPREME ART of the
TEACHER
to awaken joy in creative expression dan knowledge
~ Albert Einstein
SEDERAP SELANGKAH SEIRAMA MENUJU KECEMERLANGAN 56

