Page 68 - Buku Pengurusan Kecemerlangan 2020
P. 68
SMK RAWANG 2020
Pengurusan Kurikulum
5.1 DASAR KURIKULUM
Pengurusan kurikulum yang berkualiti mampu menghasilkan output pelajar yang mempunyai
pencapaian akademik yang cemerlang. Dasar pengurusan pada tahun ini akan menumpukan
keutamaan penglibatan unsur ilmu dan proses penyampaian ilmu dalam pengajaran dan
pembelajaran, penterjemahan dan pengoperasian kurikulum, pembangunan staf, proses pencerapan
dan penyeliaan, pembangunan kurikulum dan pembangunan kumpulan. Majlis Kurikulum adalah
badan induk yang akan mendokong dasar pihak pentadbiran untuk diterjemahkan kepada realiti.
Sebagai institusi yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kurikulum melalui PdPc,
Majlis Kurikulum memainkan peranan secara terus untuk memastikan PdPc berjalan dengan baik
dan dapat mencapai hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan generasi yang
bertanggungjawab, bermoral, berilmu, berkemahiran dan berketrampilan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Majlis Kurikulum SMK Rawang telah meletakkan hala tuju yang jelas supaya segala tenaga
pengajar yang ada dapat digembelingkan bagi mencapai visi dan misi sekolah. Tahun ini kita telah
meletakkan keazaman yang jitu supaya segala perancangan yang disusun dapat dilaksanakan bagi
memastikan keberkesanan pengurusan Majlis Kurikulum. Kita juga akan mengukuhkan mekanisma
pemantauan agar lebih sistematik supaya hasrat kita untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah
akan terlaksana.
Untuk mencapai hasrat ini semua pihak perlu memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Kita hendaklah melaksanakan tugas ini dengan penuh iltizam supaya mencapai matlamat. Segala
cabaran ditangani secara profesional. Segala keputusan yang dibuat oleh Majlis akan menjadi dasar
untuk tindakan semua pihak.
MATLAMAT KURIKULUM
1. Meningkatkan prestasi pembelajaran dari semasa ke semasa dengan penentuan tindakan
susulan yang sesuai.
2. Memastikan kesesuaian isi kandungan mata pelajaran yang disampaikan kepada para murid
selaras dengan sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan.
3. Mengkaji dan menilai kesesuaian buku dan bahan rujukan tambahan bagi kegunaan murid.
4. Melahirkan para murid yang berilmu pengetahuan bagi memenuhi konsep K-Ekonomi,
K-Pekerja dan K-Masyarakat selaras dengan perkembangan dan ledakan semasa.
SEDERAP SELANGKAH SEIRAMA MENUJU KECEMERLANGAN 59

