Page 90 - Buku Pengurusan Kecemerlangan 2020
P. 90

SMK RAWANG 2020
                                                                                     Pengurusan Hal Ehwal Murid

            6.1   MATLAMAT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID



                  Pengurusan HEM bertanggungjawab sepenuhnya dalam pembentukan disiplin murid, penerapan
                  nilai murni ke arah berakhlak mulia, mengurus kebajikan murid, keselamatan dan kesihatan
                  murid, menyelesaikan masalah murid dan memastikan murid dapat belajar dengan sempurna
                  bagi melahirkan murid yang berilmu dan berketrampilan, selaras dengan misi dan visi sekolah
                  serta kehendak Falsafah Pendidikan Negara.


            6.2   OBJEKTIF PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

                  1. Mempertingkatkan sahsiah dan disiplin murid ke arah budaya cemerlang.
                  2. Memperkembangkan potensi murid dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan.
                  3. Memastikan murid menghayati dan mengamalkan nilai murni serta memiliki keterampilan
                      diri dan jati diri yang mantap bagi menghadapi cabaran globalisasi
                  4. Melaksanakan khidmat bimbingan dan kaunseling secara berkesan.
                  5. Menitikberatkan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid.
                  6. Memastikan sekolah sentiasa dalam keadaan bersih, ceria dan selamat.
                  7. Memastikan kehadiran murid pada tahap 88 %.


            6.3   FOKUS PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

                      1.  Pembentukan disiplin murid (Personaliti Menyeluruh).
                      2.  Kepimpinan dan semangat patriotisme murid.
                      3.  Pembangunan potensi dan perkembangan kerjaya murid.
                      4.  Program peningkatan iklim sekolah iaitu keselamatan, kebersihan dan keceriaan.
                      5.  Peningkatan kebajikan murid.
                      6.  Pengurusan bimbingan dan kaunseling sekolah yang berkualiti.
                      7.  Program Sekolah Sihat.
                      8.  Kemahiran mengisi masa lapang, bersukan, rekreasi dan kerja-kerja amal.
                      9.  Pemulihan akhlak murid dan ketahanan diri.
                      10. Pendidikan, pemahaman dan penghayatan agama - buat apa yang disuruh, tinggalkan
                          apa yang ditegah.
                      11. Kemahiran sosial murid, mendengar, bercakap dan membuat keputusan.
                      12. Kemahiran belajar.
                      13. Amalan pemakanan yang sihat dan penjagaan kesihatan diri.
                      14. Budaya bersyukur, menghormati dan menghargai.





                                     If you want to lift yourself up,



                                                    lift up someone else



                                                                                   – Booker T. Washington





            SEDERAP SELANGKAH SEIRAMA MENUJU KECEMERLANGAN                                                  80
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95