Page 95 - Buku Pengurusan Kecemerlangan 2020
P. 95

SMK RAWANG 2020
                                                                                     Pengurusan Hal Ehwal Murid

            4. Kesihatan

             - Menguruskan kemudahan rawatan murid.
             - Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna.
             - Menguruskan kad kesihatan.
             - Menyelaras penyeliaan kantin sekolah.
             - Menyelaras aktiviti murid.


            5. Skim Pinjaman Buku Teks

             - Menyelaras pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapus kira buku teks.
             - Mengurus kutipan data, mengawal buku stok dan bilik buku SPBT.
             - Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan skim pinjaman buku teks.

            6. Biasiswa dan Bantuan

             - Menyelenggara perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan.
             - Mengemas kini rekod biasiswa dan bantuan.
             - Mengurus tuntutan dan bayaran biasiswa murid.

             7. Penyelaras Tingkatan


             - Penyelaras Tingkatan (PT) bertanggungjawab menanda buku kedatangan murid (BJKM) dan
               mengisi APDM jika guru tingkatan tiada di sekolah serta menyemak laporan APDM setiap hujung
               bulan.
             - Penyelaras Tingkatan bertanggungjawab membuat pembahagian murid dalam tingkatan masing-
               masing setelah berbincang dengan PKP / PK HEM.
             - Merekodkan dan memfailkan bilangan murid, murid baru dan pelajar berpindah serta memastikan
               dokumen berkenaan ada di pejabat.
             - Mendaftar murid dan memberi nombor pendaftaran murid di dalam buku pendaftaran murid baru.
               Murid baru yang sedia ada mempunyai rekod salah laku dirujukkan kepada PK HEM untuk surat
               perjanjian.
             - Bertanggungjawab membantu pihak pengurusan dalam perkara-perkara yang melibatkan murid
               seperti SPBT, Kebajikan, Biasiswa, Maklumat Murid, Disiplin Murid Pengurusan Kelas dan
               Program-Program Sekolah.
             - Bertanggungjawab     keseluruhannya    pada   guru-guru   tingkatan   dan   murid    di  bawah
               penyelarasannya.
             - Memastikan semua murid yang berdaftar masuk bersama-sama dengan ibu bapanya.
             - Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan murid baru disimpan dalam buku data masuk murid
               mengikut tingkatan dengan kemas dan teratur.
             - Memaklumkan kepada Pengetua/Penolong Kanan/Penolong Kanan HEM/Penyelia Petang tentang
               jumlah murid setiap kelas dari semasa ke semasa.
             - Penyelaras Tingkatan 3 & 5 sekali gus bertindak sebagai penyelaras PT3 / SPM.


             8. Penghayatan Nilai Murni

             - Menguruskan aktiviti bacaan Yasin dan nilai-nilai murni setiap Jumaat sekali seminggu.
             - Merancang dan menguruskan semua aktiviti pembangunan sahsiah murid.
             - Semua guru Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil merupakan AJK
               Penghayatan Nilai Murni.


            SEDERAP SELANGKAH SEIRAMA MENUJU KECEMERLANGAN                                                  85
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100