Page 10 - MODUL TUCER BM SPM K1 2020_Classical
P. 10
PERENGGAN PENDAHULUAN
FORMULA - DDKFTUA
DEFINISI Sikap segelintir masyarakat yang suka membuang sampah di merata-
(Berdasarkan Kamus Dewan/ rata tempat merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral dan tidak
Tokoh) bertanggungjawab.
PERBANDINGAN ISU Sekiranya kita melihat suasana dan panorama di tepi pantai pada
-DAHULU- zaman dahulu, sudah tentu kita dapat melihat kebiruan laut dan
betapa putih pasirnya.
PERBANDINGAN ISU Namun, pada masa ini agak sukar untuk melihat pemandangan
-KINI- seindah itu kerana banyak pantai di Malaysia kini kian tercemar
dengan sampah sarap yang dibuang oleh para pelancong mahupun
penduduk tempatan itu sendiri.
FAKTA Situasi ini sangat membimbangkan selari dengan laporan akhbar
(Statistik/ Petikan Akhbar/ Kajian Berita Harian pada 16 Jun 2019 yang menyatakan bahawa rakyat
IPT) Malaysia menghasilkan kira-kira 37, 890 tan sisa setiap hari,
sekurang-kurangnya 1.17 kilogram (kg) dijana bagi setiap individu.
PENDAPAT TOKOH Rentetan itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal)
(Tokoh dalam Bidang Berkaitan/ YB Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
Menteri Berkaitan) (SWCorp), Dr Mohd Pauze Mohamad Taha, pernah mengeluarkan
kenyataan dan berkata “tindakan dan tanggungjawab perlu diambil
oleh semua orang ke arah mengurangkan penjanaan sisa setiap hari
kerana kos dikeluarkan oleh kerajaan untuk pengurusan sampah
adalah amat tinggi”.
UNGKAPAN MENARIK Oleh itu, sudah sampai masanya untuk menghapuskan sikap
(Peribahasa/ Tafsiran Hadis/ masyarakat yang suka membuang sampah di merata-rata tempat
Tafsiran Al-Quran) supaya nasi tidak menjadi bubur.
AYAT ARAH Persoalannya, siapakah yang seharusnya menggalas tanggungjawab
(Jenis penyata/jenis persoalan) dan mengorak langkah bagi menyelesaikan konflik ini?
“PEPERIKSAAN BUKAN UNTUK MENGUJI
KEPANDAIAN, PEPERIKSAAN ADALAH UNTUK
MENGUJI KERAJINAN”
-AZALI AZLAN, 21 A SPM 2007-
“SECANGKIR ILMU SEGUNUNG HARAPAN TERBENTANG AWAN SELUAS IMPIAN”
#LESTARIKANBAHASAMELAYU
-PN. SITI ASLINDA BINTI PUNGUT-
10 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .

