Page 41 - buku log puteri islam
P. 41
• Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga
Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan
Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama.
• Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya
berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat
memberi bantuan kepada golongan miskin.
• Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja
Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku
Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku
Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
• Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama.
• Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan
ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987.
• Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf ‘Puteri
Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh
DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun.

