Page 46 - buku log puteri islam
P. 46

PERLEMBAGAAN BADAN BERUNIFORM
                                               (PERGERAKAN PUTERI ISLAM)
                                             Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996

               1.      NAMA DAN ALAMAT

                       a)     Nama Persatuan       :       Pergerakan Puteri Islam Malaysia
                       b)     Alamat               :       Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman,
                                                           Jitra, Kedah.

               2.      MATLAMAT

                       a)     Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara
                       seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

                       b)     Meningkatkan kecergasan dan kecerdasan setiap pelajar yang terlibat dalam
                       aktiviti badan beruniform.

               3.      OBJEKTIF

                       a)      Ahli yang menganggotai Pasukan Pakaian Seragam (Pergerakan Puteri Islam) dengan
                       lebih terpimpin dalam menimba ilmu berpersatuan dan memupuk semangat
                       bertanggungjawab dan disiplin diri.

                       b)     Ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia akan seberapa daya berusaha untuk
                       mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui
                       ujian-ujian kecekapan yang diikutiinya.

               4.      KEAHLIAN

                       a)     Dibuka kepada semua pelajar perempuan Institut Pendidikan Guru ini.

                       b)     Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.

                       c)     Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan
                       akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

               5.       PENASIHAT

                       a)     Pensyarah hendaklah melantik seorang atau beberapa orang pensyarah yang lain
                       sebagai penasihat.

                       b)     Pensyarah perlu menyimpan atau membuat laporan ia disimpan sebagai rekod
                       berpersatuan.

               6.      PENSYARAH PENASIHAT

                       a)      Pensyarah Penasihat adalah terdiri daripada pensyarah IPG ini.
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51