Page 50 - buku log puteri islam
P. 50

9.      KEWANGAN

                       a)      Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa
                       Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 5.00 seorang setahun.

                       b)     Persatuan juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.

                       c)     Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan
                       besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

                       d)     Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun Badan
                       Beruniform PPIM IPG, sekiranya mendapat kebenaran Pensyarah Penasihat.

               10.     KEHADIRAN/PENYERTAAN

                       a)     Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh
                       persatuan sepanjang tahun.

                       b)     Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis
                       surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum
                       boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

               11.      MENGENDALI MESYUARAT

                       a)     Setiap mesyurat yang dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa hendaklah dihadiri oleh
                       Pensyarah Penasihat.

               12.      PEMATUHAN PENGURUSAN

                       a)     Pengerusi atau Pensyarah Penasihat boleh mengawal mana – mana persatuan IPG
                       mematuhi peraturan, tentang pengurusan, aktiviti, keahlian atau yang selainnya
                       berkenaan dengan persatuan itu.

               13.     AKTIVITI

                       a)      Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat Ahli
                       Jawatankuasa.

                       b)     Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Pensyarah Penasihat dan diumumkan
                       kepada pengetahuan ahli.

               14.     PERATURAN-PERATURAN

                       a)     Peraturan IPG adalah menjadi peraturan asas.

                       b)     Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
                       c)     Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

               15.     KESALAHAN
   45   46   47   48   49   50   51   52   53