Page 3 - MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK YAN TAHUN 2022
P. 3
RASIONAL
PENGENALAN
Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik merupakan agenda tahunan
SMK Yan bagi menghargai murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik
khususnya. Kecemerlangan murid mencerminkan perkembangan serta kemajuan
sekolah dalam melahirkan modal insan dan seterusnya membuktikan sekolah
adalah sebagai satu institusi pendidikan yang berwibawa. Kecemerlangan dalam
setiap penilaian akan melahirkan murid cemerlang, berkualiti dan berjaya dalam
pelbagai bidang pada masa hadapan. Secara tidak langsung, majlis ini juga
merupakan medium untuk mengeratkan hubungan antara sekolah dengan
persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) serta masyarakat setempat.
OBJEKTIF
1. Memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang serta
berpotensi dalam bidang akademik
2. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada usaha semua pihak iaitu
murid, guru, PIBG, dan ibu bapa dalam meraih kecemerlangan dalam
bidang akademik bagi tahun 2021 dan 2022
3. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa dengan warga
pendidik SMK Yan
4. Sebagai motivasi kepada murid-murid SMK Yan agar sentiasa berazam
ingin maju, berlumba-lumba menhuju kejayaan dan setanding dengan
orang yang telah berjaya
5. Membantu membentuk kemenjadian murid dan membina budaya sekolah
yang cemerlang dengan aktiviti yang bersifat positif
SASARAN
Pelajar Tingkatan 1 - 5 (Pentaksiran Pertengahan Tahun 2022)
Pelajar Cemerlang SPM 2021
Pelajar Cemerlang Tingkatan Enam Atas (Semester 2)
Pelajar Cemerlang STPM 2021
3

