Page 4 - MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK YAN TAHUN 2022
P. 4
SEKAPUR SIREH
Pengetua
EN. AHMAD BADRI BIN ABU BAKAR
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya Majlis
Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Yan tahun 2022 dapat
dilaksanakan. Majlis ini merupakan acara kemuncak kepada pengiktirafan
sekolah terhadap pencapaian pelajar dalam bidang kurikulum dan ia amat
bermakna buat seluruh warga SMK Yan.
Ucapan tahniah dan syabas bukan sahaja kepada para pelajar yang
bakal menerima anugerah, malah kepada ibu bapa dan para guru yang menjadi
nadi atau tulang belakang sehingga membuahkan kejayaan untuk mereka.
Semoga kejayaan pelajar-pelajar ini menjadi inspirasi kepada pelajar lain.
Kejayaan yang dicapai oleh semua pelajar hari ini adalah kejayaan kita bersama,
hasil kerjasama daripada pelajar, guru, ibu bapa dan komuniti sekolah. Jadikanlah
kecemerlangan ini sebagai wadah untuk meneruskan kecemerlangan ke
peringkat seterusnya.
Semoga para pelajar dapat mengorak langkah bagi menyemarakkan
budaya ilmu dan memartabatkan institusi pendidikan dalam usaha melahirkan
generasi yang berwawasan. Diharapkan juga agar anak-anak pelajar SMK Yan
akan terus menerajui kemerlangan dalam akademik mahupun sahsiah diri.
Sehubungan dengan itu, bermula tahun ini pihak sekolah telah mendedahkan
anak-anak pelajar dengan kaedah pembelajaran STEM iaitu singkatan akronim
kepada Science, Technology, Engineering and Mathematic atau lebih mudah
difahami mengaitkan setiap mata pelajaran di sekolah dengan kaedah sains,
teknologi, reka bentuk dan juga perkiraan matematik.
Usaha pembudayaan STEM di SMK Yan adalah bertujuan mendedahkan
para pelajar dengan realiti dunia sebenar bukan sahaja menguasai isi
pembelajaran di sekolah malah mendedahkan mereka tentang cabaran dan
keperluan kemahiran yang perlu dikuasai pada peringkat global. Pendedahkan
STEM juga dapat menjana pemikiran dan penghasilan idea yang kreatif sekali
gus menyediakan modal insan yang berkualiti untuk memenuhi keperluan
pekerjaan pada peringkat akan datang.
Pada kesempatan ini juga, saya merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan terima kasih kepada guru-guru SMK Yan, PIBG SMK Yan serta
semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung yang
sentiasa bergerak seiring dengan kecemerlangan sekolah ini. Terima kasih juga
kepada jawatankuasa Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik Tahun
2022. 4
Sekian, terima kasih.

