Page 4 - 7th POMR CONFERENCE MELAKA 2022
P. 4

WELCOMING  SPEECH   BY
                                POMR CHAIRMAN














               Selamat  datang  diucapkan  kepada  semua  delegasi  ke  7th  National  POMR
       Conference 2022.
               Pertama  sekali,  dengan  sukacitanya  saya  mengalu-alukan  kedatangan  anda
       semua ke 7th National POMR Conference 2022. Selepas lebih dua tahun kita berada di
       dalam  Pandemik  Covid-19,  dan  setelah  dua  tahun  perancangan,  akhirnya  persidangan
       kali  ini  dapat  diadakan  secara  hybrid.  Kajian  Kematian  Perioperatif  atau  Perioperative
       Mortality Review (POMR) adalah satu aktiviti yang meneliti penjagaan pra-pembedahan,
       intra-pembedahan  dan  pasca  pembedahan  pesakit  di  hospital-hospital  Kementerian
       Kesihatan  Malaysia  (KKM)  dengan  melihat  kepada  kadar  pelaporan  dan  juga  kadar
       kematian pesakit yang menjalani pembedahan. Ini adalah objektif utama POMR di mana
       ianya  adalah  amat  mustahak  bagi  membolehkan  penilaian  menyeluruh  kualiti
       perkhidmatan  pembedahan  dan  anestesia  di  hospital  KKM  dan  seterusnya  syor
       penambahbaikan dapat dimajukan ke pengurusan KKM.
               Saya menyifatkan POMR sebagai penghubung dan alat yang amat penting dalam
       peningkatan  kualiti  perkhidmatan  pembedahan  dan  anestetik  di  Malaysia.  Walaupun
       begitu, tidak semua negara menjalankan inisitif ini. Malah, dilaporkan bahawa sehingga
       tahun 2019, hanya Malaysia dan Myanmar merupakan negara di rantau Asia Tenggara
       yang  memantau  POMR.  Walaupun  ini  adalah  sesuatu  yang  harus  kita banggakan,  kita
       hendaklah  sentiasa  berusaha  untuk  melakukan  yang  terbaik.  Sehubungan  itu,  saya
       berharap anda  mengambil  peluang  sepenuhnya  daripada  Persidangan  POMR ke-7  yang
       akan  berlangsung  selama  tiga  hari  ini  untuk  berkongsi  pengalaman  anda  dan  belajar
       daripada  satu  sama  lain  dalam  usaha  peningkatan  kualiti  perkhidmatan  pembedahan
       dan anestesia di hospital KKM secara keseluruhannya.
               Saya  juga  mengambil  kesempatan  mengucapkan  terima  kasih  dan  tahniah
       kepada Unit Audit Klinikal, Bahagian Perkembangan Perubatan selaku sekretariat induk
       POMR  Kebangsaan,  Jawatankuasa  Saintifik  Persidangan  kali  ini  dan  Kelab  Perubatan
       Ortopedik  Hospital  Melaka,  selaku  Jawatankuasa  Pengajuran  Tempatan  dalam
       menjadikan Persidangan kali ini sebagai sebuah realiti. Terima kasih juga kepada anda
       semua, terutamanya rakan Assessors kerana sudi hadir dalam menjayakan 7th National
       POMR Conference 2022 pada kali ini.

       Sekian.
       DATO' DR FITJERALD HENRY
       PENGERUSI POMR MALAYSIA
   1   2   3   4   5   6   7   8   9