Page 5 - 7th POMR CONFERENCE MELAKA 2022
P. 5

WELCOMING SPEECH BY

                   POMR MELAKA 2022 CHAIRMAN

                         (SCIENTIFIC COMMITTEE)











               Dengan  berbesar  hati  saya  mengalu-alukan  kedatangan  anda  ke  7th
        National POMR Conference 2022.
               Selaku  Pengerusi  Persidangan  pada  kali  ini,  saya  mengucapkan  setinggi-
        tinggi  terima  kasih  dan  penghargaan  kepada  penceramah-penceramah  yang
        dihormati kerana sudi meluangkan masa dalam kesibukan tugasan harian untuk
        berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka di Persidangan pada kali ini serta
        ahli  Jawatankuasa  Saintifik  dan  ahli  Jawatankuasa  Penganjuran  Tempatan  bagi
        kerja  keras  memastikan  kejayaan  pengajuran  Persidangan  POMR  yang  ke-7  ini.
        Tidak  dilupakan  juga,  terima  kasih  para  Assessors  di  atas  kesudian  untuk  turut
        serta menjayakan Persidangan ini dan para delegasi sekalian.
               Sebagaimana maklum, Persidangan POMR adalah merupakan persidangan
        yang  dianjurkan  secara  dwitahunan.  Persidangan  POMR  yang  terakhir,  iaitu
        Persidangan  POMR  yang  ke-6,  telah  diadakan  pada  bulan  April  2019  di  Sabah  di
        mana  ianya  mendapat  sambutan  yang  amat  menggalakkan.  Persidangan  POMR
        tersebut adalah merupakan persidangan yang terakhir sebelum kita dilanda wabak
        COVID-19. Persidangan POMR ke-7 ini yang pada mulanya dijadualkan pada tahun
        2021 terpaksa ditangguh akibat pandemik COVID-19. Walaupon begitu, saya amat
        bersyukur  kerana  dalam  kita  berada  di  fasa  peralihan  endemik  ini,  Persidangan
        POMR ke-7 ini akhirnya menjadi kenyataan.
               Kajian  Kematian  Perioperatif  atau  Perioperative  Mortality  Review  (POMR)
        bertujuan  untuk  menilai  kualiti  perkhidmatan  pembedahan  dan  anestesia  di
        Kementerian  Kesihatan  Malaysia  (KKM).    Persidangan  POMR  ke-7  pada  kali  ini
        adalah  merupakan  platform  untuk  perwakilan  daripada  pelbagai  latar  belakang
        yang  berbeza  -  samada  perkhidmatan  berasaskan  pembedahan,  perkhidmatan
        anestesia,  pentadbir  klinikal,  jururawat  dan  juga  paramedik,  untuk  berkongsi
        pandangan,  pengetahuan  dan  yang  paling  penting,  pengalaman  berkaitan
        pembedahan dan perkhidmatan anestesia di hospital KKM.
               Walaupun  pengetahuan  adalah  sesuatu  yang  boleh  diperoleh  daripada
        menonton  dan  membaca,  namun  tidak  bagi  pengalaman.  Sehubungan  itu,  saya
        berharap agar setiap delegasi menggunakan sepenuhnya tiga hari persidangan ini,
        untuk  mengenal  antara  satu  sama  lain,  berkongsi  pengalaman  dan  belajar
        daripada satu sama lain. Semoga usaha kita ini akan dapat meningkatkan kualiti
        perkhidmatan  pembedahan  dan  anestesia  di  hospital  KKM.  Semoga  kita  beroleh
        manfaat and Enjoy!

        Sekian, terima kasih.
        DATO' DR. NORLY BINTI ISMAIL
        PENGERUSI , JAWATAN KUASA  SAINTIFIK
        7TH NATIONAL POMR CONFERENCE MELAKA 2022
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10