Page 13 - E-Majalah final 4_Neat
P. 13
KESIMPULAN
Sebagai intiharnya, dapat disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran sesebuah negara perlulah
bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia. Pelbagai pihak harus bergerak sederap, seia sekata
dalam iltizam mencapai hasrat keharmonian dan perpaduan negara bak kata pepatah bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Perpaduan kaum merupakan suatu misi yang amat
penting agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukan negara bangsa dan
menjadi sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara
maju. Rakyat adalah aset negara yang paling bernilai dalam pembinaan negara yang berbilang kaum
demi visi Wawasan 2025. 13

