Page 11 - E-Majalah final 4_Neat
P. 11
Dari kaca mata yang lain, penerapan nilai-nilai
budaya dan warisan juga merupakan salah satu
langkah dalam mendekati matlamat dan harapan
para pemimpin kita dalam mencapai perpaduan
kaum. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai
kaum yakni Melayu, Cina dan India. . Rakyat
boleh mengaplikasikan budaya kaum mereka
dari aspek pemakanan, pemakaian, dan
peradaban serta berkongsi dengan kaum-kaum
lain. Sebagai contoh, semakin ramai wanita
bukan Melayu yang memakai baju tradisional
orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis
dan kuliah-kuliah. Makanan India seperti roti
canai dan tose juga semakin diminati oleh kaum
yang lain. Oleh itu, kemasukan nilai-nilai budaya
dan warisan berbilang kaum ini dapat
menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain
dan seterusnya mengeratkan lagi perpaduan
kaum dalam negara.
KERAJAAN DALAM MEMUPUK PENYERAPAN
NILAI-NILAI BUDAYA ANTARA KAUM
11

