Page 6 - E-Majalah final 4_Neat
P. 6

Memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

           DEFINISI

           Khidmat  Negara  bertujuan  bagi  pembinaan  sahsiah  diri  bermatlamatkan  membina  dan  mengukuhkan
           semangat  patriotisme  dikalangan  generasi  muda,  menyatukan  golongan  muda  dari  pelbagai  kaum  dan
           menyediakan mereka bagi menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara.

           -Program kurus latihan yang mula dilaksanakan sejak 2004. Setiap tahun 18% daripada remaja berumur 18
           tahun pada tahun latihan dipilih untuk menyertai PLKN.

           Objektif PLKN:

           1. Menanam semangat patriotisme dan cintakan negara

           2. Mempertingkat perpaduan kaum dan integrasi nasional


           3. Membentuk perwatakn positif melalui nilai-nilai murni

           4. Menanam semangat kesukarelaan

           PLKN 2.0

           Mulai  2017,  transformasi  dilaksanakan  melalui  modul-baharu  PLKN  untuk  menyiapkan  pelatih  berdepan
           dengan cabaran masa depan melalui pelaksanaan modul meliputi aspek kemahiran vokasional.

           Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke
           atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan
           untuk  melahirkan  semangat  perpaduan  dalam  sanubari  remaja  daripada  masyarakat  majmuk  yang
           merupakan  bakal  pemimpin  negara.  Selaras  dengan  modul  kenegaraan,  para  remaja  berbilang  kaum
           berpeluang untuk  bekerjasama  bagai  aur dengan  tebing  dan  seterusnya perpaduan dapat  disemai melalui
           aktiviti-aktiviti  berkumpulan  yang  dilaksanakan  dalam  PLKN.  Sesungguhnya,  tidak  dapat  disangkal  bahawa
           PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.




































                                                                                                        6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11