Page 15 - PANDUAN MUDAH LULUS CEMERLANG KOLEJ KOMUNITI_eBOOK
P. 15
2.3 Transkrip dan Sijil Kolej Komuniti
2.3.1 Transkrip
Apakah Transkrip?
Transkrip/ Transkrip Penuh Akademik adalah senarai kursus beserta keputusan pengajian
semester sepanjang pengajian. Maklumat yang terdapat dalam transkrip adalah seperti berikut:
a) Maklumat Pelajar seperti Nama, Nombor Pendaftaran dan Nombor Kad Pengenalan
b) Nama Program Pengajian
c) Senarai kursus yang diambil setiap semester yang mengandungi:
i. Keputusan setiap kursus
ii. Jam kredit setiap kursus
iii. Purata Nilai Mata (PNM)
iv. Jumlah Jam Kredit setiap semester (JJK)
d) Jumlah Jam Kredit Keseluruhan (JJK) sepanjang tempoh pengajian
e) Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM)
f) Status Akademik
g) Tarikh Transkrip dikeluarkan (Pengesahan Jawatankuasa Peperiksaan Pusat)
Kegunaan Transkrip
i. Permohonan pekerjaan - Memudahkan majikan untuk meneliti kursus yang telah diambil
oleh calon pekerja untuk dikaitkan dengan pengkhususan pekerjaan. Ketika anda
memohon pekerjaan yang berkaitan dengan kursus yang diambil ketika pengajian,
peluang anda mungkin lebih cerah jika keputusan penilaian yang dicatatkan dalam
transkrip lebih baik daripada calon lain.
ii. Menyambung pengajian – Jika anda lepasan sijil, diploma atau ijazah sarjana muda,
transkrip akademik sangat berguna untuk urusan permohonan. Kadangkala subjek yang
diambil untuk pengajian perlu untuk memberi gambaran pada pihak pengambilan
meneliti kaitan antara pengajian lepas dan kebolehan anda meneruskan pengajian.
9

