Page 18 - PANDUAN MUDAH LULUS CEMERLANG KOLEJ KOMUNITI_eBOOK
P. 18

2.4   Pengumuman Keputusan Penilaian
                       Pengumuman keputusan penilaian akan dibuat dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh

                       Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti. Pelajar boleh menyemak keputusan
                       penilaian pada papan kenyataan peperiksaan atau melalui hebahan elektronik. Slip keputusan

                       peperiksaan boleh dimuat turun pada portal iStudent:

                       https://mytvet.edu.my/istudent/
































                                            Rajah 6. Antaramuka Daftar Masuk Portal iStudent


                 2.5   Penahanan Keputusan Penilaian
                       Slip keputusan peperiksaan boleh ditahan jika pelajar  tidak  memenuhi syarat-syarat

                       berhubung sesuatu program dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kolej Komuniti. Slip
                       keputusan akan diberikan kepada pelajar sehingga ia memenuhi syarat-syarat tersebut.


                 2.6   Rayuan Ke Atas Keputusan Penilaian
                       Pelajar  boleh membuat  semakan semula skrip jawapan penilaian akhir melalui  Timbalan

                       Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP) dengan:

                          a.  Mengisi Borang Rayuan Semakan Semula Keputusan tempoh tujuh (7) hari selepas

                              minggu pentaksiran.
                          b.  Setiap rayuan hendaklah disertakan resit bayaran rayuan penyemakan dengan kadar

                              bayaran rayuan penyemakan adalah sebanyak RM25.00 bagi setiap kursus / LA.
                          c.  Semua pembayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang / Wang Pos atas

                              nama Pengarah Kolej Komuniti.


                                                                                                       12
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23